Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, August 28, 2012

Gabungan JANJI ajak rakyat seluruh negara kuningkan Dataran Merdeka

 
 
KUALA LUMPUR 28 Ogos: NGO Gabungan JANJI mengerahkan setiap ahli di seluruh negara hadir ke Himpunan Janji Demokrasi untuk sambutan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka pada malam 30 Ogos ini.

Gabungan JANJI dianggotai 49 NGO yang ditubuh khas bagi meraikan malam sambutan Hari Kebangsaan dengan tema ‘Janji Demokrasi’.

Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, beliau telah mengarahkan pengerusi persatuan itu di setiap negeri untuk turun memeriahkan sambutan tersebut.

“Kita (Anak) ada lebih 100 cawangan di seluruh negara, dan kesemua mereka akan turun menyambut kemerdekaan sambil sama-sama menuntut agar lapan tuntutan diberi perhatian,” katanya ketika dihubungi.

Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan turut mengarahkan ahlinya agar sambutan kemerdekaan berpusat di Dataran Merdeka.

“Setakat ini, kita telah arahkan agar semua ahli di Melaka, Johor dan Pulau Pinang turun ke Dataran, begitu juga negeri lain,” jelasnya.

Menurut Edy, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengerahkan ahli parti dan Unit Amal untuk turut serta dalam sambutan yang akan bermula jam 10 malam itu.

Sementara itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) pula memberitahu, semua ahli telah dimaklumkan dan akan memberi sepenuh komitmen dalam memeriahkan sambutan itu.

“AMK ingin mengambil kesempatan untuk mengajak semua tak kira AMK, ahli parti atau tidak, peserta himpunan Bersih 1.0 hingga 3.0 agar sama-sama turun ke sambutan itu berbaju kuning agar kita dapat membuktikan pada kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam semangat supaya lapan tuntutan ditunaikan,” kata Timbalan Ketua Penerangannya, Rozan Azem Mat Rasep. 
 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.