Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

George Kent yakin mampu siapkan projek LRT Ampang

TERKINI @ 10:37:45 PM 02-08-2012
August 02, 2012
 
KUALA LUMPUR, 2 Ogos – George Kent Malaysia (GKM) hari ini yakin bahawa mereka mampu menyiapkan projek tambahan LRT Ampang dengan baik dalam tempoh yang ditetapkan, kata pengarah eksekutifnya Ir. Dr. Cheong Thiam Fook hari ini.

“George Kent berbangga dengan kemampuan kami sebagai sebuah syarikat dari Malaysia telah dilantik untuk projek ini yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Pemilihan Kementerian Kewangan dan juga Prasarana.

“GKM akan bekerjasama dengan syarikat Tewet GmbH yang memang dikenali sebagai pakar dalam lebih 400 projek sebegini di seluruh dunia,” kata Cheong dalam kenyataan medianya yang dihantar kepada The Malaysian Insider petang ini.

GKM juga menolak dakwaan tidak berasas yang mengatakan syarikat mereka telah gagal dalam penilaian teknikal dan komersial. GKM berkata, syarikat mereka adalah 100 peratus dari Malaysia dan mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan kepakaran mereka.

GKM juga yakin akan mampu dapat menyiapkan projek yang dijangka akan siap dalam masa 44 bulan.

Projek tambahan LRT Ampang yang bernilai RM956 juta ini, sepanjang 17.7 kilometer itu bermula dari Sri Petaling sebelum bertemu dengan sebuah lagi laluan – Laluan Kelana Jaya di Putra Heights.

Tewet GmbH adalah syarikat dari Jerman yang membina laluan kereta api yang menghubungkan Berlin timur ke barat.

Bulan lalu, pengarah strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata George Kent memenangi tender walaupun mendapat penilaian terendah dari sudut teknikal dan komersial.
Menurut Rafizi lagi, George Kent tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pembinaan stesen kereta api sebaliknya merupakan syarikat pembuat meter air.

“Ternyata pemilik George Kent ada hubungan dengan Perdana Menteri kerana ada campur tangan beliau dalam pemilihan bidaan itu,” kata pengarah strategi PKR itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.