Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS Kedah wajar ketengah tokoh baru ganti Azizan pada PRU-13

August 27, 2012
SUNGAI PETANI, 27 Ogos — Pas Kedah wajar mengetengahkan tokoh baharu bagi menggantikan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada pilihan raya umum akan datang berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Ketika membuat saranan itu, bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim berkata Azizan harus akur dengan keadaan kesihatan beliau untuk mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau.

“Masalah kesihatan Azizan menyebabkan beliau tidak dapat menghadiri majlis Hari Rayanya di Seri Mentaloon (kediaman rasmi Menteri Besar) dua hari lepas.

“Pada saya sudah sampai masanya Menteri Besar itu mencari muka baru (menggantikannya) untuk menjadi calon Pas Kedah pada PRU-13,” kata Zamil kepada Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini, Azizan beberapa kali mendapatkan rawatan katarak mata di samping masalah kesihatan lain dan pernah mengambil cuti namun tidak melantik pemangku.

“Saya yakin rakyat seperti juga saya mahu melihat tokoh baru bertanding pada PRU kali ini kerana mereka pasti mampu menjayakan misi baru yang diinginkan majoriti pengundi muda.

“Azizan diakui pemimpin yang baik tetapi kesihatan beliau mengganggu tugasnya selaku ketua eksekutif negeri untuk memimpin Kedah. Saya doakan kesihatan beliau pulih,” kata Zamil. — Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.