Nasha: 'Hak parti ambil balik jawatan'
28 Januari 2013
SHAH ALAM - Nasharudin Mat Isa berkata, menjadi hak parti jika mahu
mengambil balik jawatan lantikan termasuk sebagai anggota Majlis Syura
Pas.
"Jawatan (anggota Majlis Syura) tersebut adalah lantikan parti, bukan
pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak
parti," kata beliau yang turut berkata tidak dimaklumkan secara rasmi
lagi.
"Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan pelucutan Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura diputuskan pada mesyuarat 13 Januari lalu.
Nasharudin yang juga bekas timbalan presiden berkata, berorganisasi hanya wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan.
"Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya.
Nasharudin berkata, beliau menerima ratusan SMS, e-mel dan panggilan telefon susulan laporan media semalam.
"Sehingga di saat saya hantar SMS ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.
"Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak," katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment