Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

JASA bazir dana awam, dipercayai terbabit sindiket beri MyKad, daftar pengundi hantu


KUALA LUMPUR, 31 JAN: Selain menjadi alat dan ‘barua’ propagandis UMNO/Barisan Naional (BN) dalam perkhidmatan awam, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) melalui Ketua Pengarahnya, Datuk Fuad Hasan dipercayai terbabit dalam sindiket pemberian MyKad dan pendaftaran pengundi hantu.
Merasionalkan kenyataannya, Pakar Strategik Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming berkata, kajian Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (MERAP) mendapati agensi kerajaan itu dilihat begitu agresif mendaftar ribuan pengundi baru di seluruh negara termasuk mereka yang tidak dilahirkan di Malaysia.

“Banyak yang didaftarkan di kawasan bandar tanpa alamat rumah dan nama jalan seperti yang kami temui di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Kampung Sri Gombak Indah di Gombak dan Kampung Baru Ampang, di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Ong berkata, ini bukan satu perkara yang mengejutkan memandangkan bukti yang dibongkar bekas penjawat awam dalam Suruhanjaya Sia
 
satan Diraja (RCI) membabitkan isu pendatang asing di Sabah. “Fuad Hassan perlu disiasat kerana mungkin memainkan peranan tertentu memberi kad pengenalan dan mendaftar mereka sebagai pemilih.

“Tindakan itu sangat berbahaya kerana membabitkan keselamatan negara dan jauh bezanya dengan tindakan Azrul Azwar yang cuma melaksanakan tugasnya dalam kerangka bidang beliau sebagai pakar ekonomi,” katanya.

RM23 juta wang rakyat ‘hangus’ untuk propaganda BN

Sehubungan itu, Dr Ong turut membidas BN yang membazirkan RM23 juta wang rakyat yang membayar cukai seperti diperuntukan dalam Belanjawan 2013 semata-mata untuk JASA yang menjadi alat propaganda mereka.

“Kerajaan BN jelas menyalahgunakan hasil kerajaan, wang rakyat dan ini bukan suatu yang mengejutkan,” katanya.

Selain itu, katanya, Fuad Hasan turut menyatakan BN boleh memperoleh majoriti dua per tiga pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti ketika pertemuan dengan Rakan Media Sosial Johor, baru-baru ini.

“Pada April 2012, Fuad Hasan yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang pernah dilaporkan berkata agensi itu turut bekerjasama dengan jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk memperkukuhkan BN menghadapi PRU-13 nati.

“Malah, JASA tidak menyembunyikan objektif mereka. Ia dapat dilihat sendiri melalui motto mereka di laman web berbunyi “Memimpin pendapat rakyat ke arah menyokong kerajaan melalui Gagasan 1Malaysia,” kata beliau.

Bagaimanapun tambah Dr Ong, peranan JASA yang mendokong gagasan 1Malaysia telah gagal apabila bekas ADUN Batang Kali, Datuk Zainal Sakom menyatakan “orang India adalah peminta sedekah” dan “orang Cina terutamanya wanita datang ke Malaysia untuk menjual tubuh” ketika majlis Rapat 1Malaysia anjuran mereka.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.