Wednesday, January 30, 2013
Mahathir Mohamad, Najib Razak, Khir Toyo mendahului senarai
Begitulah agaknya tajuk berita akhbar arus perdana jika Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
KUALA LUMPUR 29 Jan: Pakatan Rakyat bakal menghumban mana-mana pemimpin
terlibat rasuah ke penjara sebagai balasan ke atas jenayah dilakukannya,
tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, hukuman setimpal itu wajar dilaksana tanpa mengira latar
politik dan ia disepakati pimpinan Pakatan untuk membersihkan sistem
pentadbiran negara.
“Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah, kita
akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara,” katanya di depan
10,000 hadirin pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar,
Gemas, Negeri Sembilan, malam kelmarin.
Beliau menempelak kerajaan Umno BN menggunakan isu agama Islam dan nasib
orang Melayu menjadi bahan kempen bagi menghalang pemimpin Pakatan.
Anwar berkata, barisan kepimpinan Pakatan dengan dibantu penyokong perlu
melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi
sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
“Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar. Kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat KEADILAN, PAS, DAP kita ikhtiar. Akhirnya kita bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah beri kita ukhwah,” katanya.
Menurut beliau, sepanjang tempoh mesyuarat Pakatan sebelum ini, tidak
pernah terdengar suara dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP,
Lim Kit Siang untuk membalas dendam jika gabungan itu menang PRU13.
“Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang untuk membalas
dendam. Tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan pimpin
dengan adil dan membela nasib masyarakat,” katanya dipetik Sinar Harian.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani;
Pengerusi DAP Negeri, Anthony Loke dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno,
Datuk Seri Lajim Ukin.
0 orang berkata:
Post a Comment