Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 29 Januari 2013

Polis tolak bedah siasat kedua, penyokong Sugumaran akan berhimpun di KDN

Ibu Manimaran K.Manimagalay — Gambar fail
 
KUALA LUMPUR, 29 Jan — Polis menolak bedah siasat kedua dijalankan walaupun didesak keluarga pengawal keselamatan C Sugumaran menyebabkan mereka akan mengadakan perhimpunan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang esok, dan di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya 4 Februari ini. 
 
Menurut peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran, keengganan pihak polis membenarkan bedah siasat kedua menunjukkan pihak polis cuba melindungi mereka yang didakwa membunuh lelaki berusia 39 tahun itu.

"Selepas berbincang dengan Superintendan Mokhtar dan ACP Ramli, polis menolak post-mortem kedua, dan untuk mengubah status siasatan kepada kes bunuh. Polis masih mahu mengadakan inkues.
"Ini jelas satu tindakan yang mahu menutup kebenaran dan melindungi pembunuh," kata Surendran dalam sidang media selepas perbincangan dengan pihak polis di Bukit Aman hari ini.

Sebelum itu 50 penyokong keluarga Sugumaran berhimpun sejak 10 pagi menuntut polis benarkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas kematian beliau.

Menurut Surendran, pihak keluarga mahukan penjelasan dari pihak polis mengenai kejadian tersebut, tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga empat jam sebelum mereka dibenarkan masuk ke Bukit Aman.

"Mereka menuntut supaya wakil Ketua Polis Negara untuk turun ke bawah, tetapi polis enggan, dan mereka mahu 20 orang, yang terdiri daripada peguam, saksi dan ahli keluarga, tetapi polis hanya membenarkan lima orang ke dalam Bukit Aman," kata naib presiden PKR itu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.