Anwar: Pihak lawan guna Islam, Melayu isu kempen PRU
29 Januari 2013
GEMAS – Isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen
yang kuat digunakan pihak lawan dalam usaha menghalang pemimpin Pakatan
Rakyat (PR).
Justeru, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, barisan kepimpinan PR dengan dibantu penyokong perlu kuat melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar, kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat Keadilan, Pas, DAP kita ikhtiar, akhirnya kita bertawakal kepada ALLAH. Mudah-mudahan ALLAH beri kita ukhwah," katanya.
Menurutnya, sepanjang tempoh mesyuarat PR sebelum ini, tidak pernah terdengar suara-suara dari Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam sekiranya menang dalam PRU13
“Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang untuk membalas dendam, tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan pimpin dengan adil dan soal membela nasib masyarakat,” katanya pada Program Jelajah Rakyat di Pekan Pasir Besar, dekat sini, malam kelmarin.
Turut hadir, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani; Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin.
Anwar berkata, pimpinan PR sepakat untuk membersihkan sistem pentadbiran.
"Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah, kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara," katanya.
Sementara itu, Anwar turut menasihatkan masyarakat di Gemas, Tampin dan kawasan sekitar untuk membantu hasrat PR dalam menawan Putrajaya dengan menambah bilangan kerusi Parlimen dan Dun di negeri ini.
“Kita kena tawan Negeri Sembilan. Kerusi sikit sangat ni... Pekan Cina, kawasan India, Melayu dari Negeri Sembilan untuk bantu kita tawan Putrajaya," katanya.
Terdahulu, pada siri jelajah sehari di Negeri Sembilan semalam, Anwar turut singgah di beberapa lokasi iaitu Melang, Kuala Pilah; Taman Anggerik, Batu Kikir; Kampung Temeris, Senaling dan terakhir di pekan Pasir Besar.

0 orang berkata:
Post a Comment