Tiada masalah jika Dun Selangor bubar awal, kata Muhyiddin
31 Januari 2013
KOTA BHARU - Barisan Nasional (BN) tiada masalah jika Selangor mahu
membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal, kata Timbalan
Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Muhyiddin berkata, BN akan mengikut keputusan yang ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menentukan tarikh pilihan raya.
Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui sama ada
pembubaran sebagaimana kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim adalah benar atau tidak.
“Dulu dia kata tak nak bubar sekarang nak bubar… tempoh masa tinggal beberapa minggu sahaja lagi. Saya tidak tahu apakah maknanya itu, adakah makna, kalau tidak ada pengumuman pembubaran Selangor akan mengadakan pilihan raya lebih awal.
“Kita BN tidak ada masalah, kita hadapi apa keputusan yang SPR buat dan kita akan laksanakan,” katanya kepada media hari ini selepas mendengar taklimat daripada pimpinan BN Kelantan dan kemudiannya mengadakan pertemuan dengan kumpulan strategik badan-badan bukan kerajaan di sini.
Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Selangor akan bubar Dun lebih awal selepas Cap Goh Meh.

0 orang berkata:
Post a Comment