Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

YANG DOK KAT UTAGHA KA ?

Tuesday, January 29, 2013

Ulama Muda Fathul Bari cadang nak meminang seorang lagi?

Bila dah menikmati pelbagai rasa memanglah ada nikmatnya yang tak terkata,,, Dari satu dah dapat dua,,, sekarang dah nak yang ketiga... amboi..yap bedu...bedu......

Kalau no 2 orang Filipina, yang ketiga pula dari negara mana..


Amboi-amboi hangpa,, dengar ke nama Fathul Bari nak nikah sorang lagi..... eee teringin juga ka.... 

Oii,, jangan buat cerita fitnah kat dia, kang kena doa lagi ha ha ha...  

Kali ini dia nak pinang perghh,, lagi lawa dari yang nombor 2 Filipina mari... weeiii..yang no 3 ni sama cantik, sama sepadan dengan Fathul bari, macam pinang dibelah sepuloh beb.... 

Sekarang tengah duk tunggu masa,, setuju atau tidah dari orang sebelah sana yang dah kena pinang.... 

Setuju ajalah,, jangan malu-malu.... perjuangan harus diteruskan... 


SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Umno supaya mempertimbangkan bekas ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa untuk menyertai parti itu.

Namun katanya ia bergantung kepada Nasharudin untuk menerima tawaran tersebut.

"Sangat baik untuk ditawarkan kepada orang seperti beliau, walau bagaimanapun ia kembali kepada pendirian Ustaz Nasha. Beliau secara terang berkata bahawa akan bersama-sama dengan sesiapa sahaja yang nak memperjuangkan Islam, kekal dengan prinsipnya.

"Saya kira tiada masalah sebab kita nak sehalakan perjuangan kita. Namun sekiranya Ustaz Nasha belum bersedia untuk menyertai Umno, juga tiada masalah, yang penting, apa yang akan diperjuangkan itu jelas," kata beliau ketika dihubungi Antarapos.

Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan pada mesyuarat 13 Januari lalu untuk melucutkan keanggotaan Nasharudin dengan alasan tidak hadir ke mesyuarat tiga kali berturut-turut selain kenyataannya yang sering bercanggah dengan pendirian parti.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ahli Parlimen Bachok itu dalam satu kenyataannya semalam berkata beliau tidak dimaklumkan oleh parti mengenai keputusan itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.

Beliau berkata Majlis Syura berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap keanggotaannya selain menegaskan bahawa beliau akan terus mendampingi mana-mana pihak yang konsisten memperjuangkan Islam.

Mengulas lanjut Fathul berkata keputusan PAS menggugurkan Nasharudin boleh memberikan impak negatif kepada PAS lantaran Nasharudin mempunyai kredibiliti dan kedudukan yang tinggi.

"Masalah yang berlaku hari ini berlaku bila beliau digugurkan dari Majlis Syura yang boleh memberikan impak negatif kepada PAS, sedangkan kepimpinan PAS yang melaungkan kepimpinan ulama mengangkat orang lain ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi orang seperti Ustaz Nasha diketepikan.

"Saya kira, hilang seorang tokoh yang perjuangkan Islam secara telus dan PAS kini lebih perjuangkan politik daripada mengangkat kedudukan Islam sebagai asas."

Nasharudin sebelum ini telah beberapa kali menyertai rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk misi kemanusiaan luar negara dan pertemuan dengan pemimpin negara Arab yang mencetuskan rasa tidak senang dikalangan ahli PAS.

Menurut sumber dalaman PAS sebelum ini dipetik sebagai berkata, ada ura-ura untuk "menendang" keluar Nasharudin dari PAS sepertimana yang dilakukan terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali tahun lalu.

Tindakan PAS menyingkirkan Nasharudin ini turut dilihat sebagai cara untuk mengurangkan respon negatif dalaman yang sering dikaitkan dengan keputusan bersama rakan komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.



kalau jadi sebelum PRU 13 ni,, perghh hebatlah umno....dapat ulama terlampau yang ingin mencipta nama....., 







0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.