Mustahil bersih 100 peratus: SPR
31 Januari 2013
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sentiasa berusaha memastikan
daftar pemilih dibersihkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagaimanapun berkata, mustahil untuk daftar pemilih dibersihkan 100 peratus.
“Setiap hari kita memang akan bersih daftar pemilih. Namun, tiada negara di dunia ini yang daftar pemilihnya bersih sepenuhnya.
“Jika hari ini SPR membersihkan daftar pemilih, esok lusa mungkin ada yang meninggal dunia atau dilucutkan kewarganegaraan. Maka, kita sentiasa berusaha mengemaskini maklumat pemilih,” katanya selepas melancarkan laman web www.pru13.gov.my, semalam.
Katanya, SPR juga tidak boleh mengubah daftar pemilih sewenangwenangnya, sebaliknya perlu mengikut undang-undang.
“Kita hanya akan mengubah maklumat jika mendapat permohonan daripada pengundi. Misalnya, mereka perlu memaklumkan kepada SPR jika sudah bertukar alamat.
“Sekiranya semua pengundi mengemaskini maklumat masing-masing, saya yakin daftar pemilih akan lebih bersih dan telus. Setakat ini jumlah pengundi yang telah mendaftar ialah sebanyak 13.3 juta orang,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, sebanyak RM400 juta diperuntukkan bagi persediaan menghadapi PRU13 kelak berbanding RM250 juta pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).
“Kos ini termasuk tempahan dakwat kekal yang akan dilaksanakan dalam PRU13 dan pelbagai persediaan-lain.
"Tidak boleh bandingkan kos ini dengan PRU12 kerana ia dilakukan lima tahun lalu. Banyak perubahan yang berlaku, malah kita juga telah menambah jumlah petugas SPR seramai 240,000 orang," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Kerajaan Negeri Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Chap Goh Mei, Abdul Aziz berkata, semuanya tertakluk kepada izin Sultan Selangor.
“Sudah tertakluk dalam undang-undang, jika Sultan Selangor memberi keizinan maka Dun Selangor boleh dibubarkan.
“Namun, Kerajaan Negeri Selangor perlu ingat bahawa tarikh pilihan raya masih dibawah kuasa SPR,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment