Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, January 29, 2013


KM Sarawak Taib Mahmud letak jawatan ?

Atas sebab apa orang tua ni nak letak jawatan, apakah kerana nak menunaikan janjinya sebelum ini iaitu hanya selama 2 tahun sahaja menjawat KM Sarawak...

Atau pun ....




KUCHING: Desas-desus di Sarawak bertiup kencang mengenai kemungkinan Ketua Menteri negeri itu Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan meletakkan jawatan sejurus sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Taib dikatakan telah bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua minggu lalu untuk membincangkan perkara itu.
Beliau menerajui Sarawak hampir tiga dekad dan tahun-tahun terakhir pemerintahannya semakin diwarnai dengan tuduhan bersabit rasuah dan penyelewengan kuasa.
Walau bagaimanapun pembangkang tetap mensasarkan Taib menang, khususnya di kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina.
Menurut portal FMT, pengganti Taib adalah Timbalan Ketua Menteri Alfred Jabu.
Taib dilantik menjadi Ketua Menteri pada 26 Mac 1981 dan memegang rekod pemimpin negeri paling lama di Malaysia.  
Keputusan Taib itu dikatakan akan membolehkan SUPP memulihkan sokongan dikalangan pengundi Cina di  Stampin, Bandar Kuching, Sarikei, Lanang, Sibu and Miri serta menawan semula  bandar Kuching and Sibu daripada DAP.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya semalam optimis Barisan Nasional (BN) akan menang besar di Sarawak pada pilihan raya umum akan datang berdasarkan kekuatan sokongan parti-parti komponen.
"Saya tiada kemusykilan sebab gabungan (BN) sangat kuat di negeri itu," kata beliau.

Boleh percaya ka dengan orang tua ni,,, ini pun gula-gula PRU13 untuk orang Sarawak yang dah mula membencinya,,, tunggu saja bila umum senarai calon DUN Sarawak, kalau namanya tak ada kira betul lah tu,, kalau tidak,,, letak jawatan sebulan sahajalah tu...

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.