Monday, January 28, 2013
YB Malik Kassim "bakar" bontot Perkasa !!
YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim
Kerajaan
Negeri dengan tegasnya menolak gesaan Presiden Perkasa Ibrahim Ali bagi
membakar Bible versi Bahasa Melayu. Ini langsung tidak mencerminkan
Agama Islam yang sebenarnya.
Islam
mengajar umatnya agar bersifat Penyayang (Love), Toleransi (Tolerance)
dan Hormat (Respect) dengan manusia tidak mengira fahaman Agama.
Ini
telah ditunjukkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW sepertimana
yang terdapat dalam sirah Nabi. Saya ingin mengajak semua pihak Umat
Islam khasnya meneladani Qudwatul Ar-Rasul keunggulan keperibadian
Rasulullah SAW.
Terdapat
berbagai kisah membuktikan yang Islam mengajar umatnya bersifat
penyayang, toleransi dan hormat-menghormati sesama manusia sejagat. Nabi
Muhammad SAW telah diutuskan kepada manusia sebagai contoh ikutan dan
rahmat kepada alam semesta.
Gesaan
Presiden Perkasa ini dan usaha mengadakan satu acara membakar Bible
sangatlah merbahaya dan menjatuhkan imej Agama Islam serta Umat Islam.
Saya sebagai seorang yang beragama Islam merasa malu dan marah terhadap
Perkasa dan orang-orang yang tidak bertanggungjawab ini yang saya anggap
menghina Islam dengan gesaan dan usaha itu.
Saya
ingin menyeru umat Islam Pulau Pinang khasnya melalui NGO-NGO dan juga
Persatuan agar menentang usaha ini dan membuat kenyataan membantah usaha
jahat ini. Usaha ini bukan sahaja memalukan umat Islam dan menghina
Islam tetapi juga bertujuan menimbulkan kemarahan rakyat dan mengugat
keharmonian Pulau Pinang yang aman selama ini terutama 5 tahun
kebelakangan ini.
YB Dato' Hj Abdul Malik Kassim
Exco Hal Ehwal Agama
0 orang berkata:
Post a Comment