Selasa, 29 Januari 2013
PRU13 : Aktivis gesa pengundi luar negara guna undi pos
Dua kumpulan aktivis meminta rakyat Malaysia di luar negara agar
mengundi mengikut prosedur yang baru diperkenalkan SPR, untuk
mengelakkan undi mereka digunakan oleh pengundi hantu.
Dua kumpulan tersebut, MyOverseasVote (MOV) dan Global BERSIH, menyatakan pendirian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam
Kumpulan berkenaan menyatakan pendirian itu bagi meredakan kebimbangan pengundi luar negara mengenai keselamatan kertas undi mereka.
Kumpulan tersebut antara lainnya berpendapat, kemungkinan bahawa kertas undi berkenaan akan diubah adalah kecil dan percubaan besar untuk mengubah kertas undi berkenaan juga akan dapat dikesan.
Dalam kenyataan tersebut, kumpulan aktivis berkenaan berkata risiko yang lebih besar adalah sekiranya kertas undi keluarkan secara tidak sah kepada "pengundi hantu" atau kepada individu yang berada di luar negara tetapi tidak memohon untuk mengundi melalui pos.
"Atas sebab ini, kami percaya bahawa risiko penipuan adalah lebih besar sekiranya pengundi luar negara tidak mengundi yang menyebabkan orang lain memohon untuk mengundi dengan nama mereka.
"(Kami) menggesa agar rakyat Malaysia di luar negara memohon untuk mengundi melalui polis dan memungut serta membuat pengundian pada hari ditetapkan, sekiranya mereka tidak mampu pulang ke Malaysia untuk mengundi," kenyataan itu dipetik.

0 orang berkata:
Post a Comment