Penganalisis: 'Tindakan Majlis Syura Pas sudah dijangka'
29 Januari 2013
SHAH ALAM – Penganalis politik berpendapat keputusan Majlis Syura Pas
menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
sebagai satu keputusan yang tepat, namun agak kelewatan.
Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Jayum Jawan berkata, kemungkinan Majlis Syura sudah tidak nampak sebarang jalan lalu mengambil langkah untuk memecat Nasharuddin sebagai jalan terbaik.
"Mana-mana parti politik di Malaysia pun, kalau mempunyai ahli yang sudah tidak lagi sealiran, mereka pastinya tidak mempunyai pilihan lain selain menyingkirkan ahlinya itu.
"Cuma dalam hal ini, Majlis Syura bertindak lewat, itu sahaja dan keputusan itu juga sudah boleh dijangkakan malah tidaklah mengejutkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.
Kelmarin, Sinar Harian Online melaporkan Majlis Syura Pas mengesahkan telah menggugurkan keanggotaan Nasharudin Mat Isa yang pernah disebut akan diambil tindakan disiplin tahun lalu, atas alasan telah melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu.
Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam pada itu, Nasharudin dalam satu kenyataan semalam berkata, menjadi hak parti jika mahu mengambil balik jawatan lantikan termasuk sebagai anggota Majlis Syura Pas.
"Jawatan (anggota Majlis Syura) tersebut adalah lantikan parti, bukan pilihan saya, jika parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak parti.
"Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," kata ," kata beliau yang turut berkata tidak dimaklumkan secara rasmi lagi.
Sementara itu, sambil menyifatkankan tindakan Majlis Syura adalah wajar, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, tindakan Nasharudin kebelakangan ini menampakkan beliau sudah hilang yakin terhadap perjuangan Pas.
“Apa yang berlaku adalah mudah untuk memahaminya. Beliau tidak lagi komited dengan tugasya sebagai ahli majlis, malahan tindakan beliau mengikuti beberapa rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak seharusnya berlaku.
“Tindakan Nasharudin menampakkan ketidakselarian dengan prinsip Pas hingga menyebabkan beliau digugurkan,” katanya.
Mengulas perkara sama, itu, Prof Madya Dr Ismail Sualman dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) pula berpendapat, langkah yang diambil Majlis Syura "ibarat habis madu sepah dibuang."
Katanya, semasa masih memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Pas, semua orang menyanjungi beliau, sebaliknya ketika mengambil keputusan untuk menggugurkan beliau, Majlis Syura hanya melaporkan perkara itu melalui media rasmi Pas sahaja.
“Tindakan itu tidak berhemah dalam politik dan juga sahsiah. Kalau pengguguran itu dibuat kerana Nasharudin gagal hadir mesyuarat, kenapa tidak dedah siapa lagi ahli majlis yang tidak hadir mesyuarat?
“Mengapa apabila kepimpinan tertinggi parti itu seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bertentangan Majlis Syura seperti isu kalimah ALLAH, mereka tidak digugurkan?” katanya lagi.
Ketika mengulas mengenai implikasi keputusan Majlis Syura yang dibuat ketika menghampiri Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Jayum berpendapat, kemungkinan besar ia akan menjejaskan parti itu memandangkan Nasharudin masih mempunyai penyokong terutamanya di kawasan yang diwakilinya.
“Menjelang PRU yang amat dekat ini, kebanyakan pengundi sama ada penyokong Barisan nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) mereka sudah buat keputusan cuma yang tinggal lagi hanya pengundi atas pagar.
“Keputusan Majlis Syura itu mungkin akan mempengaruhi tetapi saya tidak lihat ia mampu memberikan impak yang besar,” jelas beliau.
Ahmad Atory beranggapan keputusan Majlis Syura itu dikhuatiri akan menyebabkan pengikut Nasahrudin mungkin akan bersikap agak longgar terhadap perjuangan Pas.
Malah katanya, banyak isu-isu yang melibatkan Pas yang tidak dapat dijawab dan diselesaikan dengan baik kebelakangan ini terutamanya isu-isu berkaitan kalimah ALLAH.
“Pas juga dilihat sedang berhadapan dengan kemelut dalaman terutamanya yang disebabkan oleh beberapa isu dan pemimpin seperti Nasharudin yang sudah tidak dipedulikan oleh parti.
“Perkara ini boleh jejaskan kesepaduan dan kempen-kempen pilihan raya yang sudah direncanakan,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment