Isu Nasha: Tindakan Pas aneh, kata Muhyiddin
28 Januari 2013
KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyifatkan pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura
Pas sebagai satu tindakan yang aneh.
"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan
hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat
Palestin) yang tertindas.
"Keputusan (pengguguran) dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik
dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan Pas kata dia
perjuangkan Islam.
"Dia (Nasharudin) perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya
Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat
Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura Ulama), kita cuma
memerhati apa yang dilakukan Pas," katanya dipetik Bernama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan Pas
menggugurkan Nasharudin daripada Majlis Syura dilihat bermotif
politik.
politik.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Ahli
Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza
memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.
"Sepatutnya dia (Pas) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.
"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada Pas.
"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharudin," katanya di Kuala Lumpur.
Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan
dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk
mewujudkan satu ummah.
"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan
seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti
politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak
mengutuk mana-mana pihak," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment