Sunday, February 3
Memang padan dah dua orang ni duduk sebilik...
Memang padan dah Fathul Bari ni dok sebilik dengan Najib... hang
tak boleh kata kat aku, aku pun tak boleh nak peleceh hang. Sebabnya,
dua-dua serupa... anunya ciput... Kah..3x
NAFI TARIK DIRI... bukan takut cuma ketar kepala lutut saja, kan... kan... kan...
Kahkahkah...
Fathul Bari nafi tarik diri berdialog dengan Dr Asri
2 Feb — Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahya hari ini menafikan telah menarik diri daripada menghadiri dialog bertajuk "Pelaksanaan Islam di Malaysia" bersama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dijadualkan berlangsung malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
2 Feb — Ulama Muda Umno Fathul Bari Mat Jahya hari ini menafikan telah menarik diri daripada menghadiri dialog bertajuk "Pelaksanaan Islam di Malaysia" bersama bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dijadualkan berlangsung malam ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Dalam kiriman sistem pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider,
Fathul Bari menjelaskan berlaku salah komunikasi antara penganjur dengan
pihak menguruskan jadualnya menyebabkan tidak dapat hadir pada dialog
malam ini.
"Saya tidak menarik diri."Sebaliknya berlaku salah komunikasi antara pihak penganjur dengan sahabat yang menguruskn jadual saya," kata Fathul Bari (gambar).
Menurut Fathul Bari lagi, ekoran berlaku salah komunikasi tersebut
menyebabkan beliau telah menerima jemputan program untuk bersama mantan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudiaannya terpaksa
bergegas menghadiri satu lagi program di Universiti Utara Malaysia pada
sebelah malamnya.
"Akibat salah komunikasi itu menyebabkan saya menerima jemputan program dengan Dr Mahathir di Institut Perguruan Kampus Sultan Abdudl Halim dan pada sebelah malamnya pula menghadiri satu lagi program di UUM," terang beliau lagi tanpa memberikan penjelasan mengenai program yang dihadirinya.
Awal pagi ini, Mohd Asri menulis di laman mikronya Twitter mengatakan
Fathul Bari telah menarik diri tetapi tidak menyatakan alasan dan
tempatnya akan digantikan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pada malam
ini.
Kedua-dua tokoh agamawan yang dikenali umum tersebut seringkali terlibat
dalam perang mulut dan berbeza pendapat antara satu sama lain, Fathul
Bari mencuri tumpuan ekoran keputusannya menyertai parti politik Umno.
Berbeza dengan Mohd Asri yang memilih untuk tidak memberikan sokongan
kepada mana-mana parti politik.
Mohd Asri juga lantang dan sering membidas ulama yang berada dalam Umno
kerana tidak memainkan peranan penting untuk menasihati pemimpin utama
dalam parti tersebut. Bekas mufti tersebut juga pernah mengeluarkan
kenyataan membidas tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno dengan melabel
mereka sebagai "hanyut", kerana tidak boleh menerima persekitaran
politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu. - TMI
0 orang berkata:
Post a Comment