Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAMPIR PILIHANRAYA RAMAI HAIWAN MULA BERCAKAP

Siapa berkuasa?
TAN SRI ABDULLAH AHMAD
24 Februari 2013
Sedih mengenangkan nasib bangsa teras yang satu masa tidak lama dahulu gagah sekarang seperti kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengemis sokongan kaum minoriti yang bersatu padu! Kita sekarang bagai political paupers akibat perpecahan: satu pihak mempertahankan kuasa, satu puak lain keterlaluan ingin merebut kuasa itu. Melayu/Islam memang mudah lupa.

Perebutan kuasa dua kabilah sebangsa, seagama, sebahasa, sebudaya dan sewatan makin sengit, makin ngeri akan menjamin kehakisan segera kuasa politik bangsa teras itu. Kerana mengikut ramalan yang bertanggungjawab - dalam dan luar negara - BN akan menang PRU13 lagilah bengis, bersengat dan bisa oposisi dari pihak yang mahu menguasai Putrajaya.


Umno akan mempertahankan kuasanya (semenjak 1955 lagi) apa jadi pun – biar putih tulang asal jangan putih mata. Pas amat sangat kepingin setelah menikmati kuasa di Kelantan  (semenjak 1959 hingga sekarang kecuali 12 tahun 1978 – 1990) dan Kedah (semenjak 2008) menumpang duduk di Putrajaya melalui tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR. Pas sanggup, mengikut Karpal Singh, asal dapat peluang berkongsi kuasa walaupun Anwar Ibrahim dari PKR, parti terkecil dalam triliga politik itu, dinobatkan sebagai Perdana Menteri. 

Pas berkeras kononnya mahu presidennya Haji Hadi Awang sebagai Perdana Menteri. Dua lawan satu: DAP dijangka muncul sebagai parti perdana di antara Pakatan Rakyat dan mungkin parti terbesar selepas Umno dalam PRU13. Umno diramal memenangi kerusi terbanyak antara semua parti. Kedua puak Melayu sekarang berhempas pulas memancing undi Cina dan India. Dakwa Hadi kalaupun DAP menang kesemua 50 kerusi Cina yang diperuntukkan dan ditandinginya (saya rasa tidak mungkin; majoriti daripada 50 itu tidak mustahil) DAP tidak juga dapat berkuasa. Dalam perlembagaan persekutuan perdana menteri boleh datang dari apa bangsa dan agama pun bukan seperti lnegeri yang mewajibkan menteri besarnya terdiri dari Melayu yang beragama Islam seperti di Perak dan Selangor juga Kelantan.

Kaum minoriti bersatu padu. Kompas paduan mereka memetik titah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, adalah pujangga besar mereka, Confucious yang bermadah: “Tidak menjadi salah untuk sesuatu terusan (sungai) mempunyai sampan yang banyak asalkan semua sampan itu menuju haluan yang sama… Orang Cina atau bukan Melayu meskipun mereka berada dalam kabilah berlainan tetapi dalam perkara asas – bahasa, kebudayaan, pendidikan dan bisnes - bersatu suara, bersatu tindakan. Mereka nampak berselisih dari segi pendekatan tetapi matlamat perjuangan mereka adalah sama. Kepentingan mereka tidak berbelah bahagi, tidak pernah terjejas walaupun kabilah politik mana yang menang atau kalah dalam pilihan raya. Kabilah politik bukan Melayu memiliki kebijaksanaan strategi, mengambil posisi sayap kanan, sayap kiri dan sama-sama melambung bola ke petak penalti untuk menjaring gol kemenangan.”


Itulah perbezaan antara peribumi, Melayu, orang Islam dan bukan Islam. Kenapa kita orang Melayu/Islam suka bercerai-berai, berpecah-belah padahal kita semua mengaji Quran dan membaca surah Al-Hujurat, ayat 9-10? Ayat ini penunjuk kepada kita.


Apabila perpecahan berlaku sesama kita sekiranya satu pihak berdegil, keterlaluan ghairah bersengketa tidak mahu berdamai, atasilah hal ini walaupun terpaksa menggunakan kekerasan atas golongan yang keras kepala itu.


Masakan tidak ada titik pertemuan antara Umno dan Pas? Bertindak sebelum kaca berderai, sebelum puak minoriti merampas kuasa! Mengikut Raja Nazrin, Majlis Raja-raja Melayu adalah Majlis Syura yang tertinggi. Tidak bolehkah The Conference of Rulers mengambil inisiatif terpenting ini untuk meleraikan konflik ini?


Saya amat yakin Umno/BN akan menang. Saya telah bercakap di luar dan di dalam negara ad nauseam tentang ini. Walaupun menang nanti saya dengan rendah hati memohon Najib menggunakan kebijaksanaannya demi kelangsungan kuasa politik peribumi/ummah di watannya yang satu ini. Sambil melindungi orang Melayu dan Islam kita wajib pula kerana kita kerajaan yang adil dan saksama memelihara kepentingan yang sah kaum minoriti.


Pagi Selasa lepas saya bertuah mendengar titah ucapan Raja Nazrin bertajuk “Perpaduan ummah; harapan, realiti dan cabaran.” Saya suka memetik sedikit ucapannya, “Akhir-akhir ini, bangsa (Melayu) bagaikan berhadapan pantang larangan sehingga silu untuk menyebut perkataan Melayu, di bumi dan di tanah air warisan bangsa yang terletak di tengah-tengah Nusantara Melayu. 

Bumi dan tanah air pusaka bangsa, pada satu ketika dahulu tersohor dengan kemakmuran berperanan sebagai pusat pertemuan budaya Timur – budaya Barat, dilimpahkan sejahtera, di bawah naungan kerajaan berpayungkan Raja Melayu dan Kerajaan Melayu yang mengamalkan sistem pemerintahan berteraskan Islam. Jika tidak segera diperbetulkan rasa janggal untuk menyebut perkataan Melayu, dibimbangkan ia akan menjadi titik mula kepada pelupusan sejarah dan tamadun bangsa, lantas melarat kepada penghakisan bahasa dan identiti bangsa. 

Malah, telah turut kedengaran pengumuman oleh saluran media rasmi negara yang merujuk Raja Melayu sebagai Raja Malaysia. Ketika bangsa bagaikan mabuk dilambung ombak globalisasi, amatlah perlu untuk bangsa diperingatkan kepada fakta sejarah, agar Melayu kekal dijadikan konsep yang hidup, tidak dihanyutkan oleh arus globalisasi. Konsep Melayu hendaklah kekal diaktifkan dengan menghormati bangsa Melayu, menghargai budaya Melayu, menghayati ajaran Islam, mengekalkan kedaulatan bangsa yang dilambangkan oleh takhta pemerintahan beraja.”

Dengan lain perkataan negara Malaysia adalah berteraskan pada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu… faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia. Baginda telah memetik secara pendek ucapan ayahandanya yang dibuat di Universiti Malaya pada 30 Jun 1979 waktu masih lagi menjadi seorang hakim.


Kalau selepas ini pun orang Melayu/Islam terus bercerai berai, “then only God can help them.” tegas Speaking. Kalau ada lagi Melayu masih malu jadi Melayu, pergilah ke Singapura. Minggu lepas tiga ribu rakyat republik itu telah berdemonstrasi menegakkan “Singapore is for Singaporeans”. Mereka sudah bosan dan muak dengan kehadiran terlampau ramai imigran, pendatang asing, yang sah atau tidak sah.


Kita sentiasa melihat kononnya, ”The grass is always greener on the other side of the fence.” Walhal kita lebih selesa, selamat, makmur, bebas berbanding dengan banyak negara jiran. Sudah ramai orang Malaysia termasuk orang Melayu pun berhijrah atau migrate. Penghijrahan tidak dihalang oleh agama kita.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.