Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mengapa SPR pulak buat kemen ?

Jangan politikkan tarikh bubar Dun, Parlimen
JAMILAH HAMZAH
1 Februari 2013
Wan Ahmad Wan Omar
$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan parti-parti politik supaya tidak menjadikan tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai isu politik ketika demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor dipetik berkata akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan perayaan Cap Goh Meh.


Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya percaya yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada tarikhnya, yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.


Menurutnya, di dalam sejarah politik negara, tidak pernah Parlimen terbubar dengan sendirinya.


Justeru, Wan Ahmad berkata, isu pembubaran Parlimen tidak boleh dijadikan isu politik untuk kepentingan parti.


"Memang Menteri Besar (Selangor) ada hak nak bubar, tapi mereka kena minta perkenan sultan dahulu.


"Jangan politikkan isu tarikh pembubaran Parlimen ini, saya yakin Perdana Menteri sudah ada tarikhnya sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online.


Kelantan dan Pulau Pinang bercadang untuk membubarkan serentak dengan tarikh pembubaran Parlimen.


Selain Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, Pakatan Rakyat juga menerajui Kerajaan Negeri Kedah.


Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, kerajaan negeri dan Pusat perlu bekerjasama dalam isu ini.


Katanya, jangan jadikan isu ini untuk menunjukkan kuasa kepada rakyat.


"Kedua-dua kerajaan mesti bekerjasama dan tunjukkan persamaan," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.