Saturday, February 2, 2013
Dr Fuad Zarkahsi - Haram mengundi calon Umno ...
Aku
duk perati lama dah,, Timbalan Menteri Pendidikan melayu ni memang ia
consistance dengan isu-isu agama islam yang dicetuskan oleh pemimpin
Pas..
Apakah ia merasa bahang kepanasan kerana sebelum ini apa yang aku ketahui Dr Fuad ni adalah ahli Pas yang berhijrah masuk umno bersama Nakhaei dahulu...
Kalau sebelum ni ulama dari kelantan juga,,, tu sapa tu ulama pondok,,,, Abdullah apa entah... keluar kenyataan kata undi calon Dap Haram... ha ha ha...
Kali ini, entahlah aku tak terbaca pulak,,, kalau betul Dr Nik Mazian punya stateman,, kira OK lah tu... aku setuju... 100% peratus setuju.. Undi calon umno haram bila bertanding menentang calon Pas...
Apa susah,,, bagi masa sejam untuk penjelasan kat TV1 dan TV3,,, macam Tuan Guru Hadi minta baru-baru ini..., kalau ada ***** dan berani berdebat lagi ka... ada berani...
Kalau hangpa tanya aku kenapa setuju... senang aja.. umpama kita nak makan seekor ayam,, ayam kan binatang halal yang boleh dimakan....
Tetapi ada sekoq ayam tu disembelih dengan betul mengikutt syarak, manakala sekoq ayam lagi mati kena langgaq kereta...
Pilih sendirilah mana satu ayam yang nak makan...boleh pakai ka perumpamaan aku ni... wakaka ka...
Apakah ia merasa bahang kepanasan kerana sebelum ini apa yang aku ketahui Dr Fuad ni adalah ahli Pas yang berhijrah masuk umno bersama Nakhaei dahulu...
KUALA
LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Dr Mohd Puad Zarkashi
melahirkan rasa kesal dengan sikap pemimpin PAS yang sering mengeluarkan
'fatwa liar' dengan niat mahu menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN)
demi mendapatkan sokongan pengundi Melayu.
Tegas
Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, kenyataan ADUN Gaal, Datuk Dr
Nik Mazian Nik Mohamad bahawa haram bagi pengundi Islam memilih calon
Umno sekiranya berdepan dengan calon PAS adalah mengarut dan tidak boleh
diterima.
Jelas Mohd Puad, 'fatwa' tersebut adalah susulan daripada polemik 'amanat Hadi' baru-baru ini.
"Ini satu lagi fatwa baru PAS sebagai kesinambungan kepada 'amanat ustaz
Hadi' yang telah membawa perpecahan dan kemunduran umat Islam.
"Ini juga membuktikan betapa lemahnya Majlis Syura Ulama PAS kerana ahli
biasa boleh sesuka hati mengeluarkan fatwa secara liar," katanya
kepada Antarapos.
Minta PAS nyata pendirian
Justeru beliau meminta pucuk pimpinan PAS termasuk Majlis Syura Ulama
menyatakan pendirian berhubung kenyataan Nik Mazian semalam.
"Justeru saya nak tanya Majlis Syura PAS, apa pendirian mereka terhadap
fatwa Dr Nik Mazian itu? Apakah mereka menyokong atau batalkan seperti
isu kalimah Allah?
"Saya juga nak tanya ustaz (Datuk Seri) (Abdul) Hadi Awang (Presiden
PAS), apakah mereka akan pecat keahlian Dr Nik Mazian sebagaimana mereka
gugurkan Nasharudin (Mat Isa) dari anggota Majlis Syura Ulama?
"Sebenarnya
fatwa Dr Nik Mazian yang mengarut itu sama seperti fatwa mengkafirkan
Umno. Umno tiada masalah kalau Pakatan Rakyat mahu meletakkan semua
calon Melayu di kerusi yang ditandingi Umno," katanya.
Semalam Dr Nik Mazian menggesa PKR meletakkan calon Islam sekiranya menentang Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau berkata jika PKR bertegas meletakkan calon bukan Islam, maka pengundi harus memilih calon Umno.
"Jika calon PKR bukan Islam, adalah baik untuk pengundi mengundi calon Umno bagi menjaga kepentingan Islam," katanya kepada Antarapos.
Tambah Dr Nik Mazian, dalam apa jua keadaan haram bagi pengundi Islam memilih calon Umno sekiranya lawannya adalah calon PAS.
"...yang mana perlu dipertahankan? Ada calon PKR bukan Islam lawan calon
Umno...sebab itu kalau boleh biar calon Islam lawan calon Islam dan
calon bukan Islam lawan calon bukan Islam. Kita perlu buat pilihan,
pilihan calon ikut majoriti pengundi di kawasan bertanding.
"Mudah...tapi kalau PAS lawan Umno, haram pilih Umno...pilih PAS sebab kita perjuang Islam," katanya.
Bukti pemimpin PAS tidak matang
Tambah
Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, sikap pemimpin PAS yang
sering mengeluarkan kenyataan sesuka hati menggambarkan kemunduran
pemikiran politik parti Islam itu.
Beliau berkata PAS perlu mendapatkan kebenaran DAP sekiranya mahu
melaksanakan idea untuk meletakkan calon Islam bertanding menentang
calon Islam daripada Umno.
"Soalnya PAS perlu minta kebenaran daripada DAP terlebih dulu sebelum ia
terlaksana. Sebenarnya fatwa Dr Nik Mazian menggambarkan betapa
mundurnya pemikiran politik PAS yang tidak banyak berubah.
"PAS sebenarnya 'desperate' untuk mendapatkan sokongan pengundi Melayu yang semakin merosot ekoran isu kalimah Allah," katanya.
Kalau sebelum ni ulama dari kelantan juga,,, tu sapa tu ulama pondok,,,, Abdullah apa entah... keluar kenyataan kata undi calon Dap Haram... ha ha ha...
Kali ini, entahlah aku tak terbaca pulak,,, kalau betul Dr Nik Mazian punya stateman,, kira OK lah tu... aku setuju... 100% peratus setuju.. Undi calon umno haram bila bertanding menentang calon Pas...
Apa susah,,, bagi masa sejam untuk penjelasan kat TV1 dan TV3,,, macam Tuan Guru Hadi minta baru-baru ini..., kalau ada ***** dan berani berdebat lagi ka... ada berani...
Kalau hangpa tanya aku kenapa setuju... senang aja.. umpama kita nak makan seekor ayam,, ayam kan binatang halal yang boleh dimakan....
Tetapi ada sekoq ayam tu disembelih dengan betul mengikutt syarak, manakala sekoq ayam lagi mati kena langgaq kereta...
Pilih sendirilah mana satu ayam yang nak makan...boleh pakai ka perumpamaan aku ni... wakaka ka...
0 orang berkata:
Post a Comment