PRU : SPR dan SPRM digesa pantau PDM BN yang guna permis awam
IPOH - Jawatankuasa Isu dan Strategik Pas Perak menggesa Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) memantau kesemua 7,531 bilik gerakan Pusat Daerah
Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) seluruh negara.
Koordinatornya, Salman Saleh berkata, pemantauan itu dilihat perlu bagi memastikan tiada percanggahan penggunaan premis awam seperti dewan orang ramai atau balai raya.
Menurutnya, beberapa dewan orang ramai atau balai raya kini penuh dengan Bendera BN, malah ada yang dijadikan PDM bagi parti itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Ia jelas bercanggah dengan peraturan baru SPR yang melarang semua premis awam digunakan bagi tujuan tertentu sahaja.
“Dan kami juga berasa kesal terhadap penggunaan dewan orang ramai atau balai raya untuk tujuan politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Salman berkata, pihaknya berharap pihak keselamatan melakukan pencegahan terhadap penyalahgunaan premis awam bagi tujuan politik.
Beliau juga berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan terhadap penyalahgunaan premis awam tersebut.
" Tindakan berkenaan jelas suatu unsur salah urus tadbir ke atas premis awam yang sepatutnya untuk kegunaan umum bukannya atas tujuan politik," katanya.
Sebelum ini, Ketua Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan mengumumkan sejumlah 7,531 bilik gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) BN dibuka di seluruh negara.

0 orang berkata:
Post a Comment