27 Disember, 2013
MP Kuantan Dedah Keburukan Terkini Umno BN
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh akan mendapatkan penjelasan
daripada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed
Al-Nahyan berhubung bantuan kemanusiaan USD10 juta (RM39.2 juta) yang
akan disalurkan kepada mangsa banjir di Malaysia.
Katanya, penjelasan itu penting untuk memastikan sama ada mangsa banjir
di Kuantan turut tergolong dalam kumpulan yang mendapat bantuan.
Kata Fuziah, berdasarkan laporan dipetik daripada Kuwait News Agency (KUNA), ia hanya merujuk kepada Kelantan dan Pekan.
“Saya sudah membuat draf surat dan sedang mencari ‘direct link’ untuk berhubung dengan pihak UAE.
“Saya takut akan ada pihak yang menggunakan kenyataan KUNA ini untuk
menafikan bantuan kepada penduduk Kuantan,” katanya kepada
Keadilandaily.
Laporan KUNA pada 22 Disember menyatakan antara bantuan kemanusiaan yang
dihulurkan termasuk inisiatif Persatuan Bulan Sabit Merah (RCA) UAE
untuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah selain menyediakan
barangan keperluan asas.
“Saya bimbang bantuan ini akan semuanya pergi ke Pekan seperti Projek
Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebelum ini, yang mana penduduk
Kuantan tidak dipedulikan.
“Masih ramai yang duduk secara setinggan tanpa rumah. Tidak mustahil perkara seperti ini akan berlaku lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Fuziah berkata, bantuan RM500 dijanjikan kerajaan Pusat
masih belum diagihkan, manakala masih tidak ada bantuan dari kerajaan
negeri.
“Di Kuantan hanya kawasan Tanah Putih dapat bantuan daripada kerajaan
negeri iaitu RM250 dan tambahan RM100 daripada tabung misi kemanusiaan,”
katanya. ~kd
0 orang berkata:
Post a Comment