DULU APABILA WAKIL RAKYAT BALIK KAMPUNG KAMI BISIK-BISIK "BESOK YB BALIK KAMPONG ! AKU NAK MINTA NI, NAK MINTA NUN ! SEMUANYA INSYA ALLAH DAPAT ! " BILA YB DAH BERADA DIKAMPONG MAKA RAMAI LA LEPAK KAT KEDAI KOPI, DAPAT SECAWAN KOPI DAN SEBATANG ROKOKPUN OK LAA, INI LA STANDARD ORANG MELAYU KAMPONG TERUTAMA ORANG DARI PARTI UMNO
DIKALANGAN ORANG KAMPONG YANG PANDAI SIKIT MEREKA MINTA AMANAH IKHTIAR, MINTA LEMBU, MINTA AYAM, MINTA MESIN JAHIT, MINTA BANTUAN SAMPAN KONON NAK JADI NELAYAN, SEMUA INI YB UMNO LAYAN, SIAP PUJI LAGI NGAN ORANG KAMPONG, SIKAP INI MENYEBABKAN PIMPINAN UMNO YAKIN BAHAWA ORANG KAMPONG KUBU KUAT MEREKA, LAGIPUN BUKAN SUSAH NAK JAGA HATI ORANG KAMPONG, HANYA URUT BELAKANG MEREKA SAJA MAKA TERKULAI LAH MEREKA
DIKALANGAN ORANG KAMPONG YANG MENJADI KUBU KUAT UMNO/BN MEREKA MULA MERASA SUSAH KERANA KENAIKAN SUMBER KEHIDUPAN, YANG MEREKA HARAPKAN DARIPADA YB SUDAH TIDAK ADA, NEGARA SUDAH SUSAH FULUS SUDAH HABIS, YB PUN SUDAH JARANG BALIK KAMPONG SEBAB TAKUT NANTI ORANG KAMPONG MINTA SECAWAN TEH SEBATANG ROKOK , APA YANG TERSANGAT JELAS IALAH BARANGAN KEPERLUAN HIDUP DIKAMPONG TERUS MELAMBUNG, IA TIDAK TERKECUALI DI BANDAR SAHAJA
MANA-MANA ORANG KAMPONG YANG ANAK MEREKA BEKERJA DIBANDAR JUGA SUDAH TIDAK LAGI MENGHANTAR BANTUAN UNTUK BELANJA ORANG TUA MEREKA KAT KAMPONG, ATAU JIKA ADAPUN SUDAH BERKURANGAN, ERTINYA ORANG KAMPONG KENA IKAT PERUT SIKIT, APABILA YB MEMBERANIKAN UNTUK BALIK KAMPONG MAKA BERKATALAH YB TERSEBUT " INILAH MASANYA KITA PERLU BERSABAR, PERLU BERKORBAN, PERLU BERJIMAT, PERLU MENUNJUKKAN TA'AT SETIA NGAN KERAJAAN YANG SELAMA INI MEMBANTU KITA
DIKALANGAN ORANG KAMPONG DARI KUMPULAN YANG BERBEZA FAHAMAN POLITIK, DAN MEREKA YANG TIDAK PERNAH MENGENAL APA-APA KEMUDAHAN DARIPADA YB KELIHATAN KEHIDUPAN MEREKA BIASA SAHAJA SEBAB MEREKA MEMANG GOLONGAN DARIPADA PENDUDUK KAMPONG YANG DIPULAUKAN OLEH YB DAN JKK KAMPONG DARI MENDAPAT BANTUAN SEJAK DARIPADA AWAL, MEREKA TIDAK MERASA APA-APA KERESAHAN, JIKA ADAPUN HANYA SEDIKIT KERESAHAN, JIKA DIBANDINGKAN DENGAN GOLONGAN YANG MEMINTA-MINTA
Pak Karamu
0 orang berkata:
Post a Comment