Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

27/03/14

Tribunal Rakyat : BN kalah PRU13 jika tiada undi awal

IMG_4197

SUBANG  : BN akan kalah jika tiada undi awal, kata Yash Phal Ghai dalam Pembentangan LaporanTribunal Rakyat berhubung Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 lalu di Subang, semalam.

Pengerusi Tribunal Rakyat itu memetik laporan Merdeka Centre, BN akan kalah dalam Pilihanraya Umum ke 13 sekiranya tiada undi awal.

Jelasnya lagi, kemenangan BN dalam PRU lalu yang dipengaruhi undi awal memberi implikasi besar kerana majoriti rakyat tidak mengiktiraf kemenangan tersebut.

“Seseorang calon yang tidak menang dapat membuktikan tentang kehilangan 1605 undi di kawasannya, sedangkan lawannya hanya menang dengan majoriti yang kecil.

“Dia kalah dengan 460 undi, sudah tentu jika peti undi tidak hilang, perbezaan keputusan sudah pasti besar,” jelasnya.Sementara itu, beliau turut menegaskan agar suruhanjaya yang mengendalikan pilihanraya untuk bertindak bebas dan tudak menyebelahi mana-mana parti dalam setiap pilihanraya.

“Undang-undang perlu diubah untuk memastikan suruhanjaya Pilihanraya benar-benar bebas dari pengaruh kerajaan.“Suruhanjaya juga perlu melaksanakan sesuatu pilihanraya bukan mengikut arahan kerajaan, sebaliknya pilihanraya harus dijalankan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang,” ujarnya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.