Sunday, March 2, 2014
Satu Lagi Makhluk Mengatakan Hudud Adalah Ciptaan Manusia
Aku bukanlah seorang yang layak untuk mempersoalkan akidah
Tapi apa pendapat yang lebih arif tentang isu ini
Apa pula kata para Mufti?
Adakah makhluk ini juga menghina Sultan dan Kerajaan Brunei?
Pelaksanaan hudud Brunei tidak mungkin ditiru di Malaysia, kata pensyarah
OLEH ABDAR RAHMAN KOYA
MARCH 02, 2014
Tapi apa pendapat yang lebih arif tentang isu ini
Apa pula kata para Mufti?
Adakah makhluk ini juga menghina Sultan dan Kerajaan Brunei?
Pelaksanaan hudud Brunei tidak mungkin ditiru di Malaysia, kata pensyarah
OLEH ABDAR RAHMAN KOYA
MARCH 02, 2014
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melaksanakan undang-undang hudud di negaranya bermula April
Hudud, atau
hukuman jenayah serius mengikut undang-undang syariah, dihasilkan
sarjana Islam masa lampau berdasarkan pemahaman mereka tentang Al-Quran
dan hadis, maka "angkuh" seseorang jika mendakwa dirinya mendapat
hidayah Tuhan dalam melaksanakan undang-undang itu, kata profesor
perundangan.
Pensyarah
undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom,
mempersoalkan dakwaan Sultan Brunei mendapat hidayah daripada Tuhan
dalam mengumumkan pelaksanaan hudud di negara Islam itu, baru-baru ini.
Ketika bercakap
mengenai topik itu di stesen radio swasta BFM, Azmi berkata:"Bagi saya,
ia adalah hidayah daripada segelintir sarjana Islam pada masa lampau,
dan adalah sedikit angkuh untuk mengaku menerima hidayah daripada Tuhan.
Tahun lalu,
Sultan Hassanal Bolkiah, yang merupakan pemerintah mutlak negara kecil
yang kaya dengan hasil minyak itu, berkata menerusi pengenalan hudud ke
dalam sistem perundangan, "akan memenuhi tanggungjawab kita kepada
Allah"."Ia (hudud) adalah kebanyakannya ciptaan manusia, dan diilhamkan
beberapa prinsip yang menurut mereka harus dicerminkan dengan cara ini,
tapi ia terbuka kepada perdebatan," katanya ketika ditemuramah oleh
stesen itu, semalam.
Mulai April
depan, Brunei akan secara beransur-ansur menginstitusikan hukuman
seperti sebatan, memotong anggota badan dan merejam, susulan daripada
kebenaran untuk Kod Penal Syariah yang baru.
Lazimnya rakyat
Brunei tidak mempersoalkan arahan istana, namun beberapa suara kritikan
meresap ke dalam media sosial mengkritik usaha ke arah melaksanakan
hudud, dan ini menyebabkan Sultan Hassanal memberi amaran keras.
"Mereka tidak
boleh dibenarkan melakukan penghinaan ini tetapi jika ada elemen yang
membolehkan mereka dibawa ke mahkamah, mereka akan menjadi yang pertama
merasai pelaksanaan Perintah Kanun Keseksaan Syariah pada April,” kata
pemerintah berusia 67 tahun itu, menurut salinan ucapan yang diterbitkan
media kerajaan.
Usaha Brunei itu bagaimanapun mendapat pujian beberapa ahli politik konservatif di Malaysia, termasuk daripada kalangan PAS.
Disember lalu,
kurang dua bulan selepas pengumuman Sultan Brunei itu, Menteri Besar
Kelantan, Datuk Ahmad Yakub mengetuai delegasi Kelantan yang dianggotai
beberapa pemimpin kanan negeri itu ke Bandar Seri Begawan, bagi
menyampaikan ucapan tahniah atas keputusan raja Brunei itu.
Delegasi
berkenaan turut diberi taklimat oleh pelbagai pihak berkuasa agama di
Brunei mengenai pelaksanaan hudud, iaitu sesuatu yang mencetuskan
perdebatan sepanjang dua dekad sejak kerajaan negeri Kelantan pimpinan
PAS memberi lampu hijau untuk enakmen hudud.
Azmi,
bagaimanapun, berkata Brunei merupakan pemerintahan beraja mutlak yang
berbeza dengan Malaysia menyebabkan sebarang langkah ke arah hudud di
Malaysia seharusnya diperdebatkan, selaras dengan sistem demokrasi yang
diamalkannya.
"Kenyataan
bahawa ia sebuah pemerintahan beraja mutlak bermaksud pemerintahnya
boleh memaksa kehendaknya dengan lebih mudah," katanya, sambil membidas
segelintir ulama di Malaysia yang cuba menghalang perdebatan dalam
perkara melibatkan Islam di negara ini.
Azmi, yang
tidak setuju dengan tuntutan bagi pelaksanaan hudud, berkata sistem
perundangan hudud juga bakal terdedah kepada salah guna kuasa seperti
sistem lain, cuma bezanya ialah ia akan dilakukan atas nama agama.
"Sikap munafik
dalam sebarang sistem perundangan adalah sesuatu yang buruk. Tetapi
apabila ada sebuah sistem perundangan yang kononnya dibina atas asas
agama, sikap munafik ini menjengkelkan.
"Kita harus
berterus terang, mereka yang kaya dan berkuasa, golongan ini tidak akan
terikat dengan perkara seumpama ini. Yang akan kena adalah rakyat
biasa," katanya.
Azmi berkata,
adalah mundur untuk menggunakan pendekatan hudud dalam menangani isu
jenayah, dan semua orang berhak berhujah mengenainya, termasuk bukan
Islam.
"Brunei bukan
sebuah demokrasi, tetapi kita, secara teorinya, masih negara demokrasi.
Justeru apa-apa tuntutan untuk mengubah sistem perundangan mesti
dilakukan di lapangan awam. Ia mesti dilakukan secara bebas dan boleh
dilakukan oleh sesiapa sahaja yang mahu bercakap mengenainya.
"Kalau anda
hendak memperkenalkan hudud, teruskan. Sekiranya itu yang memuaskan diri
anda, bercakaplah mengenainya, berkempenlah, itu hak anda. Tetapi
mereka yang tidak setuju, sama ada Islam atau bukan Islam, juga punya
hak untuk memberikan pandangan. Kita harus berbincang dengan penuh
terbuka,” katanya. - 2 Mac, 2014.
0 orang berkata:
Post a Comment