Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Jumaat, 4 Julai 2014

Dr Asri: Bersihkan KL dari pusat maksiat sebelum bertindak kepada gelandangan

BrogLWKCcAExFUYSHAH ALAM 4 JULAI: Kerajaan Pusat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa untuk membersihkan Kuala Lumpur daripada pusat hiburan merosak dan meruntuhkan moral sebelum mahu membersihkan bandar raya itu dari peminta dan pemberi sedekah.

Mantan Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Asri Zainul Abidin, berkata beliau mahu agar Kerajaan menjadikan kota Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang selamat dan berkat.

“Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.

“Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya,” kata Dr Asri dipetik dari Facebooknya.

Beliau berkata Kerajaan perlu membuktikan bahawa negara yang berpegang kepada Islam maka ibu kotanya juga patut melambang kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan ‘Soup Kitchen’ berpindah adalah tidak berperikemanusiaan.

Izzah menggesa agar Tengku Adnan memperbetulkan kesilapan yang melampau ini. Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata DBKL wajib membantu Dapur Jalanan dengan berganding tangan dengan NGO-NGO yang terbabit dengan Soup Kitchen dan bukan menghalau mereka.

Kata, jika kebersihan menjadi satu masalah kepada Tengku Adnan, beliau sepatutnya mengarahkan DBKL untuk membantu membersihkan kawasan digunakan selepas habisnya aktiviti kebajikan mereka. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.