Siasat dakwaan Raja Muda murtad
- Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah (kiri) berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.
KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejak individu yang bertanggungjawab
menimbulkan kucar-kacir dengan mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir
Shah sebagai murtad.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjejak individu terbabit bagi membantu siasatan kerana dakwaan sedemikian boleh menggugat keamanan.
Menurutnya, ini merupakan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang menggunakan media sosial. Pihak istana sudah pun memaklumkan kejadian berkenaan dan menafikan perkara tersebut.
“Setakat hari ini (semalam), saya baru dimaklumkan terdapat satu laporan berkenaan kejadian terbabit.
“Perkara ini bukan sahaja akan merunsingkan pihak istana, bahkan ia juga akan merunsingkan masyarakat yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau tidak,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjejak pemilik akaun laman sosial berkenaan.
Sebelum ini, PDRM sudah pun menguar-uarkan mengenai penyalahgunaan laman media sosial, tapi masih ada lagi individu yang degil.
“Individu ini sengaja hendak menimbulkan suasana kacau-bilau,” katanya.
Memetik laporan sebuah portal, semalam laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna internet mendakwa Tengku Amir Shah menukar agama ke Kristian Katolik minggu lalu.

0 orang berkata:
Post a Comment