PR puji Najib sentuh isu kekejaman rejim Zionis
- Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media semasa Persidangan Dewan Rakyat membahaskan usul Tragedi Nahas Pesawat MH17 di Dewan Rakyat Parlimen. - Foto oleh Sinar Harian/SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji
tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang turut
menyentuh isu keganasan dan kezaliman tentera Israel terhadap penduduk
Palestin bersama usul khas mengenai tragedi nahas pesawat MH17 di
Parlimen hari ini.
Bagaimanapun Anwar berkata, kerajaan Malaysia digesa mempersoalkan pendirian Amerika Syarikat terhadap kekejaman rejim Zionis di Gaza, sepertimana mereka kuat membidas Rusia dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.
"Apa yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel itu boleh disebut sebagai “state terrorism” yang jelas barbarik dan tidak berperikemanusiaan yang tanpa mempedulikan bulan suci umat Islam," katanya ketika membahaskan usul mengenai tragedi malang yang menimpa pesawat MH17 pada Persidangan Khas Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Sementara itu, Anwar juga menggesa agar pengurusan jenazah penumpang pesawat MH17 diperkemaskan supaya waris keluarga mangsa nahas tenteram dan tenang.
Malah Anwar juga menasihatkan waris keluarga mangsa supaya banyakkan bersabar dan reda dengan insiden buruk itu khususnya di akhir Ramadan ini.
"Ini merupakan satu keadaan yang suram dan pilu untuk semua rakyat Malaysia saya menggesa semua pihak untuk menahan diri daripada membuat kenyataan atau ucapan yang tidak sensitif kepada perasaan keluarga mangsa yang terlibat," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment