Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam bekas Tun Abdul Hamid
Mohamed sebagai seorang "penipu, rasis dan estremis" kerana menuduh
agama Islam terancam di negeri tersebut.
Lim berkata, kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak
berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.
"Bekas ketua hakim hanya mendedahkan dirinya sebagai seorang rasis,
ekstremis dan penipu. Dia kata kami abaikan Islam tapi buta untuk
melihat yang kami sudah meningkatkan peruntukan kepada mereka.
"Malah, kami beri lebih banyak peruntukan kepada orang Islam berbanding
BN buat hingga Gerakan serang kami. Itu Umno kata kami abaikan Islam?"
katanya kepada The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.
Lim berkata kenyataan sedemikian bermotif politik, malah Gerakan dan
Umno yang bersama dalam BN juga tidak konsisten dengan pendirian mereka.
"Mengapa ada perbezaan? Gerakan kata kami beri terlalu banyak dan Umno kata lain pula," katanya.
Abdul Hamid dalam ucapan yang dimuat naik menerusi laman sesawangnya
berkata, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kini terancam
di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.
Katanya, ramai rakyat bukan Islam di Malaysia mahu agama mereka diberikan status yang sama.
Antara lain katanya, bekas mufti Pulau Pinang memberitahu susah
mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana
pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.
“Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke
seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan
agama Islam di televisyen pun terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.
“Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang
menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan
gurdwara,” kata Abdul Hamid.
Ertinya, tambah beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.
Lim berkata dakwaan Abdul Hamid tersebut tidak berasaskan fakta.
Menurut Lim lagi, ia bukan perkara luar biasa apabila pentadbirannya
dituduh sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. – 23 Julai, 2014.
0 orang berkata:
Post a Comment