Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Selasa, 29 Julai 2014

Jangan nilai perbualan peribadi kami, kata AJK PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meminta akar umbi, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat tidak menganggap serong perbualan peribadi antara kumpulannya dalam mesej 'WhatsApp' yang dibocorkan dan tersebar luas dalam media sosial. 
 
Dzulkefly berkata, pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. 
 
Katanya, tidak adil jika menuding jari dan menyuruh AJK PAS Pusat bertanggungjawab kerana menimbulkan kontroversi PAS mahu keluar Pakatan. 
 
 "PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.
 
 "Secara tegasnya, olahan perancangan senario Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya. Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata kenyataan Zuhdi yang mahu mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP. 
 
Katanya, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan, termasuk Buku Jingga. Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi, tetapi pandangan Zuhdi itu ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan, "walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan," kata Rafizi. Mengulas kenyataan Rafizi yang mahu tindakan disiplin diambil atas Zuhdi, Dzulkefly berkata 'keluar Pakatan' bukan satu-satunya perancangan yang diusulkan di dalam perbincangan kumpulan mereka. 
 
Senario lain juga turut dibincangkan, termasuk kemungkinan buruk yang akan terjadi sekiranya parti Islam itu meninggalkan Pakatan. "PAS akan berpegang teguh kepada perjuangan Pakatan, membawa Dasar Bersama Pakatan Rakyat seperti yang seringkali diulang Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang)," katanya. Persoalan tentang PAS meninggalkan Pakatan timbul berikutan keengganan parti itu menerima cadangan PKR menukar Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dengan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. 
 
 Walaupun persetujuan dicapai semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Hadi kemudiannya terang-terangan menzahirkan sokongan terhadap Khalid dan kenyataannya disokong Nik Aziz. Bagaimanapun, timbalan presiden Mohamad Sabu mengatakan pendirian Hadi bukan kenyataan rasmi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menasihatkan semua pihak menunggu keputusan rasmi selepas mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos.
 
 Zuhdi dalam mesej WhatsAppnya mengatakan kalau PAS tinggalkan Pakatan dan bekerjasama dengan Umno, "lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka." Dalam Facebooknya, Zuhdi juga menghentam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggelarnya 'diktator' dalam cara dia menguruskan Pakatan. 
 
Pada 27 Julai, Zuhdi menulis status di Facebooknya: "Setelah beberapa status ini, sempena Hari Raya yang mulia saya mengucapkan Eidul Fitri al-Mubarak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, maaf zahir dan batin dengan harapan tulus ikhlas "bersaralah dari politik, sudah banyak sangat rakyat Malaysia seluruh lapisan dilibatkan dengan agenda peribadi Datuk Seri".

4 orang berkata:

Anonymous said...

Dh tahu ending drama. pas akan twist bila ada 'masyukkkkk'

Anonymous said...

Keluar ja dr pakatan, lagipun manifesto pakatan tak kearah negara islam.

Anonymous said...

Masa pru13 dulu pkr dah dikianati oleh pas.kali ni pun kena lagi kesian sungguh pkr.nampak gayanya pas dah tak berminat nak melawan umno lagi.elok la klu pas ni berkeculi dari menyokong pr atau bn dinegeri selangor buat masa ni.biarkan dap n pkr je uruskan sehingga pru14 nanti.lepas pru14 baru la tubuhkan kerajaan perpaduang.klu TG nik aziz je yg bersungguh mempertahankan pas supaya bersama pr tak guna juga klu yg lain hati dah terpaut kat kerajaan perpaduang..

Anonymous said...

Salam..
Untuk pengetahuan umum,Pas adalah satu-satunya parti yang membawa islam keseluruhannya dari segi hukum hakam dan tingkahlakunya..demi menegakkan agama allah swt dibumi malaysia ini selagi mengikut al-quran dan sunnah nabi. Jadi siapalah lagi kita kalau untuk mempertahankan islam serta menyokongnya.. Pilihlah jalan yang benar lagi sahih...Amin..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.