Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Raya di Selatan Thai dicemari keganasan

28/07/2014 8:12pm

NARATHIWAT- Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa manakala lapan orang cedera.

Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.

Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.

Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.

Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.

Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.

Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.

Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.

Di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampung Mat-useng HajAbubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.

Suchat berkata, Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.