Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BOLEH ATAU TIDAK PKR BERSIKAP IKHLAS dan profesional ?

PAS SOKONG KHALID TERUS JADI MB SELANGOR SEBAB KHALID TIDAK BUAT KESALAHAN YANG MEMBOLEHKAN DIA DIUNDURKAN, KHALID ORANG PKR, DIA DIPILIH OLEH PKR JADI MB SELANGOR, PAS SOKONG ! TUB-TUB PKR NAK TUKARKAN DIA DENGAN ISTERI ANUAR IBRAHIM, DENGAN ALASAN KHALID ADA KELEMAHAN ? JIKA ADA LEMAH MENGAPA PKR LANTIK JUGA DIA SELEPAS PRU 13, MENGAPA TAK LANTIK AZMIN ALI.... ALAH HAI ! BANYAK LAGI KELEMAHAM PKR YANG KITA TAK NAK LUAHKAN, TENTANG MASALAH KEDAH ? O O O O O BARULAH TAHU, RUPANYA PKR NI  RUPANYA SUKA UNGKIT, MACAM BUDAK-BUDAK !  SECARA JUJURNYA TOLONG RAKYAT ADILI "PAS SOKONG MB SELANGOR DARI PKR, YANG LANTIKPUN PKR JUGA, SALAH KE ? - Pak Karamu

 

Saturday, July 26, 2014


Hadi Awang Memang Ingin Lihat Pakatan Selangor Hancur ??




Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution mendakwa PAS menyatakan komitmen yang berbeza dengan kenyataan presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu kedudukan menteri besar Selangor.

Saifuddin mendakwa, wakil PAS serta wakil parti Pakatan Rakyat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan, Rabu lalu, telahpun menerima usul agar Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim di jawatan tersebut.

Katanya, mesyuarat itu disertai enam orang pemimpin kanan PAS – timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, dua orang naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

"Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang membawa mandat dari parti masing-masing pada hari itu mengesahkan komitmen setiap parti bahawa pada dasarnya, PAS dan DAP menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar adalah dari PKR.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor

"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini telah digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan," kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Pendirian itu bertentangan dengan kenyataan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, yang dilaporkan menyokong Khalid meneruskan khidmat sebagai menteri besar.

Hadi berkata hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.

PKR hormat isu MB Kedah

Saifuddin turut mengingatkan PAS bahawa PKR sebelum ini "menghormati" keputusan yang diambil parti Islam itu ketika menghadapi kemelut berhubung jawatan menteri besar Kedah.

Oleh yang demikian, PKR menuntut PAS menunjukkan sikap yang sama dalam isu jawatan menteri besar Selangor.

"Malah, dalam pergolakan membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah sebelum Pilihanraya Umum ke-13, PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah dari PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari pimpinan Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR turut menyatakan pendirian sama ada mahu Menteri Besar ditukar atau tidak.

"Saya percaya semangat ukhuwah dan saling menghormati prinsip pencalonan sebegini akan terus menguatkan Pakatan Rakyat," kata beliau.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau PKR pun mcm umno ja berebut2 @ gila kuasa lebih baik berpecah. Isu hudud pun PKR bukan bagi sokongan pun.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.