Pak Karamu rasa sikap telanjang dan menelanjangi ini memang berlaku sudah lama di dalam PAS dan PKR, PAS sebagai sebuah parti yang senior daripada PKR hanya cenderung kepada sikap menelanjangi diantara ahlinya apabila parti itu sihat berkembang, berbagai jenis manusia yang menyertai parti tersebut, sejak dari perkembangan itulah diantara mereka suka menelanjangi orang lain,
Kebanyakan mereka yang menyertai PAS adalah kerana frust didalam kumpulan mereka atau sudah tidak bertempat atau lain-lain sebab. Jarang kita mendengar orang menyertai PAS kerana dasar parti itu menepati agama islam, apabila mereka-mereka ini menyertai PAS maka perangai lama mereka turut berkembang di dalam parti itu terutama golongan yang terpelajar dan berkedudukan yang baik
Saya selalu memberikan pandangan tentang sikap-sikap manusia yang mendatang didalam parti itu kepada golongan yang otai serta pimpinan, jika boleh di berikan tarbiyah dengan tegas sebagaimana kehendak peraturan agama, namun tarbiyah itu nampaknya tidak dapat mengubah kelakuan ahlinya kerana politik terlalu menyebokkan mereka. Dalam masalah Selangorlah banyak rahsia PAS telah terbongkar segala kelemahan, mungkin ini sebagai suatu pelajaran buat masa akan datang - Pak Karamu
Pas disaran amal puasa Maryam
SHAH ALAM – Selepas percanggahan demi percanggahan kenyataan dalam
kalangan pemimpin Pas berhubung isu jawatan menteri besar dan kedudukan
Pas dalam PR, parti itu disaran mengamalkan puasa Maryam.
Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menyuarakan pandangan itu selepas melihat Pas terlalu ghairah membuka aib sendiri dan pihak lain.
Malah beliau menasihatkan agar parti itu lebih berdisiplin dalam menggunakan media umum ekoran dibimbangi Pas bakal berdepan krisis dalaman yang lebih kronik pada masa hadapan.
“Kekalutan yang berlaku adalah disebabkan perlakuan-perlakuan tidak profesional di kalangan pimpinan yang terlalu ghairah mendedahkan aib sendiri dan pihak lain di media umum untuk tujuan yang hanya mereka ketahui sebabnya.
“Jika berterusan sikap seperti ini, Pas berkemungkinan besar akan dilanda krisis dalaman yang lebih kronik di masa hadapan. Mungkin pemimpin Pas perlu banyak mengamalkan puasa Maryam, ibu Nabi Isa di dalam hal-hal dalaman parti dan PR,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Berhubung kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang didakwa hanya pandangan peribadi, Maszlee menyifatkan masalah itu perlu diselesaikan secara dalaman.
“...Jangan sampai dunia nampak kelemahan mereka,” katanya.
Katanya, tindakan membuka aib masing-masing itu menyebabkan ramai pihak berasa sangsi kemampuan parti itu menjadi alternatif untuk BN.
“Lebih malang lagi kegagalan para pemimpin parti, terutamanya Pas dan PKR untuk menjaga disiplin di media umum agar tidak londeh melondehkan dan juga telanjang menelanjangkan di antara satu sama lain di dalam kes di Selangor telah membuatkan ramai pihak berasa sangsi apakah mereka mampu untuk menjadi alternatif kepada BN?,” tambahnya.
Ketika diminta mengulas mengenai situasi Selangor yang paling bergolak berbanding negeri lain di bawah pentadbiran PR, beliau menyifatkan negeri itu tidak mempunyai sebarang parti yang dominan seperti Pulau Pinang dan Kelantan.
“Ini hal biasa bagi negeri yang paling kaya di Malaysia. Maka, banyak pihak yang inginkan bahagian masing-masing. Tambahan pula, tiada parti yang paling dominan di Selangor berbanding di Kelantan yang didominasi Pas dan Pulau Pinang pula oleh DAP.
“Selangor juga tiada kepimpinan utama yang kuat dan dihormati semua seumpama 'taiko' di Penang dan Tok Guru di Kelantan,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment