Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AKIBAT GELOJOH DAN TERGESA-GESA, LU FIKIR SENDIRI LA MABOOOOOK !

NAH SEKARANG SIAPA YANG MABUK ? YANG GELOJOH ? YANG BENGONG ? YANG MEMBUAT RAKYAT MENJADI PUSING KEPALA, KALO TAK BOLEH NAK FAHAM JANGAN JADI PEMIMPIN, SEPATUTNYA SETIAP PEMIMPIN PERLU BERHEMAH DAN BERHATI-HATI, IKUT LA PERATURAN, IKUT LA UNDANG-UNDANG, JANGAN SEMBRONO, YANG HAIRANNYA APABILA SESUATU KENYATAAN DI KELUARKAN, MAKA SECEPAT KILAT PULA BUAT KENYATAAN BALAS TANPA MEMAHAMINYA BETUL-BETUL, INI LA GELOJOH ! Pak Karamu

KENYATAAN PRESIDEN MERUNGKAI KEKELIRUAN


Saya mengucapkan syukur di atas kenyataan Presiden PAS yang mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor kerana ia telah menjelaskan beberapa kekeliruan.

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lepas telah membuat kenyataan di mana di antara lain menyebut,

.......telah menerima cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor.......

Ayat tersebut telah disalahtafsir sebagai Pakatan Rakyat telah meluluskan cadangan PKR untuk menggantikan Tan Sri Khalid dengan Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Walhal seperti yang juga disebut oleh kenyataan itu hanya bermaksud menerima cadangan dan,

"......akan dibawa ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat".

Maka menerima bukan bermaksud bersetuju dan tidak ada keputusan lagi.

Sehubungan itu pelbagai persoalan telah timbul di kalangan ahli-ahli PAS di Selangor serta masyarakat secara amnya kerana ramai di antara mereka yang berpandangan Tan Sri Khalid wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar.

Oleh yang demikian kenyataan Presiden ini telah menjawab persoalan-persoalan tersebut.

Saya mengucapkan terima kasih kerana Presiden telah mengambil kira pandangan pimpinan dan ahli-ahli PAS Selangor.

Walau bagaimanapun pimpinan dan ahli-ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa saja keputusan yang diputuskan oleh Presiden dan pimpinan tertinggi PAS.

Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS

HANGPA TENGOK KAT BAWAH NIH !

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT





Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima (MENERIMA BUKAN BERERTI BERSETUJU TETAPI MENERIMA CADANGAN UNTUK DIBAWA BINCANG KE PARTI MASING-MASING) cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.



DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN.



Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

Mohamad Sabu
Timbalan Presiden PAS

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP


HANGPA TENGOK KAT BAWAH NIH PULA !

Isu MB: PKR pegang keputusan Majlis Pimpinan PR
  • Datuk Saifuddin Nasution Ismail Datuk Saifuddin Nasution Ismail
1 / 1
SHAH ALAM - PKR akan terus berpegang kepada keputusan rasmi yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada Rabu lalu dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, keputusan PKR untuk mencalonkan Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar telah dibentangkan dan diterima di dalam Majlis Pimpinan PR.

"Mesyuarat itu membawa mandat dari parti masing-masing pada hari itu (23 Julai) mengesahkan komitmen setiap parti bahawa pada dasarnya, Pas dan DAP menghormati prinsip pencalonan jawatan menteri besar adalah dari PKR.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan rasmi Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran Menteri Besar Selangor," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Abdul Hadi juga dilaporkan sebagai menyebut semua pimpinan Pas akan bersama dengan keputusan itu walaupun wujud perbezaan pandangan.

Mengulas lanjut, Saifuddin menegaskan, mekanisme untuk membuat keputusan tertinggi dalam PR telah dihormati sejak tertubuhnya perikatan itu.

Beliau berkata setiap parti diwakili oleh pimpinan tertinggi yang diberi mandat untuk menyampaikan keputusan parti masing-masing di peringkat PR.

"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini telah digunakan dalam menentukan menteri besar dan ketua menteri di negeri-negeri PR yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

"Malah, dalam pergolakan membabitkan jawatan Menteri Besar Kedah sebelum PRU13, PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan itu adalah dari Pas walaupun ada pelbagai permintaan daripada pimpinan PR yang lain," katanya.

Dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada Rabu lalu itu, Pas telah diwakili oleh beberapa pimpinan tertingginya.

Antaranya Timbalan Presiden, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung, Datuk Mustapha Ali; Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa; Ketua Pemuda, Suhaizan Kaiat serta AJK Pas Pusat, Dr Hatta Ramli.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Kat kedah PAS byk kerusi, kat s,ngor pkr sedikit kerusi. Jelas perkara sebenar penyelewengan yb khalid. Pkr jgn gila kuasa sgt nanti hilang kuasa mcm kat kedah. Nak main politik otak masih setaraf beruk.

Anonymous said...

Harap2 BN ambil balik s,ngor. Biar sama2 melopong.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.