Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HAAAA ! INI MACAM LAAA ! KASI BURAI ! hu hu hu PECAT KHALID DARI PKR PALING SENANG TUKAR

APABILA SUDAH KENA BURAI MAKA MUNGKIN DARIPADA SEBAB-SEBAB ITU MUNGKIN DIA PERLU DI TUKAR ATAU DI NASIHAT ? PUUUH, TAK MAKAN NASIHAT CERITANYA,  OK KALO GEITU BOLEH ATAU TIDAK MAJLIS TERTINGGI PR ATAU MAJLIS PRESIDEN

BERTINDAK TERHADAP MB SELANGOR ITU ATAU ADAKAH MAJLIS PRESIDEN MENYEDIAKAN KEPADA MB SELANGOR ITU ETIKA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB ? KALAU TIDAK ADA MAKA SETIAP PRESIDEN PARTI BOLEH DIANGGAP CUAI DAN LEMAH, KERANA SELANGOR DIPERINTAH PR, DAN MEREKA JUGA PERLU DIGANTI. MUDAH KAN ? SAYA HANYA NAK KASI PANDANGAN MAN MANAGMEN OR HUMAN MANAGMEN - Pak Karamu

 

Ahad, 27 Julai 2014


Antara trajedi di KEDAH & SELANGOR... Apa Presiden PAS mahukan..??

Mugabe Robert ·



Apa yang sebenarnya PKR ingin lakukan ialah pencegahan awal sebelum lebih banyak perkara buruk yang akan berlaku. Kalau ikut cara TGHH, dua (2) negeri terlepas iaitu Terengganu dan diikuti dengan Kedah (kedua2nya hanya sepenggal). Bagi kes Kedah umum sudah mengetahui krisis dan kemelut antara MB dengan exco tetapi TGHH selaku Presiden berlepas tangan dan tidak mahu campurtangan kononnya untuk menjaga hati hingga menjadi barah. Akhirnya Kedah terlepas semula kepada UMNO.


Begitu juga dengan kes Selangor. Bagi awal penggal pertama TS Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang kerana kebajikan rakyat terjaga, dasar dan polisi Pakatan Rakyat terpelihara kerana Tan Sri Khalid tegas dan segala tindak tanduknya selari dengan dasar Pakatan Rakyat.



Namun segala-galanya mula berubah apabila memasuki penggal kedua apabila kes hutangnya mula menghantui hidupnya. Penyelesaian hutangnya sebanyak RM70 juta telah diselesaikan diluar mahkamah tetapi segala syarat dan termanya tidak dimaklumkan kepada pucuk kepimpinan. Ditambah lagi dengan isu2 berikut:


1. Pada penggal pertama Tan Sri Khalid begitu bertegas dalam isu penstrukuran semula air dan menolak mentah2 projek Langat 2. Tapi apa sudah jadi pada penggal kedua? Secara tiba2 Tan Sri Khalid telah menandatangani MOU dengan Kerajaan Pusat tanpa memaklumkannya kepada pucuk kepimpinan malah para exconya tidak diajak berunding. Bermakna beliau telah membuat keputusan bersendirian dan membelakangkan pimpinan parti sendiri dan PR. Maka terkial-kial Datuk Seri Anwar untuk menjawab semua persoalan yang dibangkitkan dalam isu MOU ini;


2. Dasar PR tidak mahu lebuhraya bertol kerana akan membebankan rakyat. Tetapi Tan Sri Khalid telah memberikan persetujuan akan meluluskan projek lebuhraya bertol KIDEX jika ia memberi manfaat kepada rakyat. Isunya kawasan Petaling Jaya itu ramai penyokong DAP dan ini telah menimbulkan kemarahan pengundi dan pemimpin mereka. Tanpa berunding apa2 terus beri persetujuan.


3. Tan Sri Khalid begitu berbangga dengan simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM3 bilion tetapi kebajkan rakyat diabaikan;


a. Bila nak dipecat barulah umumkan projek perumahan mampu milik rakyat;

b. Isu sampah berlarutan bertahun2 dan sampai sekarang tidak dapat diselesaikan;

c. Banyak jalan-jalan untuk kegunaan rakyat berlubang2 dan tidak diperbaiki dan telah menyusahkan rakyat dan mereka merungut;

d. Isu rampasan bible Bahasa Melayu tidak diselesaikan secara tuntas telah menyebabkan kemarahan penganut agama Kristian.


Sebenarnya banyak isu yang telah menyebabkan pemimpin PKR hilang sabar walaupun telah ditegur berkali2 tetapi Tan Sri Khalid tidak mahu berubah malah semakin degil.
 Menambahkan kemarahan itu secara sengaja berbaik2 pula dengan pemimpin Kerajaan Pusat. Dari segi untuk menjaga hubungan baik antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat mungkin tidak ada salahnya tetapi menimbulkan tanggapan di kalangan rakyat kerana akibat hubungan yang akrab itu menyebabkan Tan Sri Khalid berubah dan menyebabkan dasar PR sudah tidak dipatuhi. Akhirnya nanti rakyat akan marah,meluat dan tidak puashati dan mengambil keputusan menukar semula kerajaan.

3 orang berkata:

Anonymous said...

mungkin isu kat atas tu semua betol abg pakkaramu,tapi ape kene mengena kena lantik perempuan jadi pemimpin,agama mana yg ajar?isteri sendiri pulak tu bang..ini la tipu daya nama dia bang..abg benteras la mcm mana pun selagi ia dipanggil sistem politik demokrasi selagi itu la "warnanya" ialah tipu daya..selamat hari raya aidilfiri bang, maaf zahir dan batin..hati2 ketika memandu ye..salam

Anonymous said...

Kalu itu masalahnya. Kita kan negara demokrasi. Buat undi tak percaya. Ikut lah saluran. Jangan lan main nk ganti csmtu aje. TSKI pun ada maruah juga...

Anonymous said...

Salam. Kalau projek langat 2 itu mendatangkan kebaikan pd rakyat selangor, apa slahnya? Drp rakyat marah kerana tak ada air, itu pun blh hilang negeri.

Juga ttg KIDEX, klu itu dpt krgkan masalah kesesakan, tol atau x bertol, pengguna ttp bayar..tak nk byt, guna jln lama lah...

Ttg simpanan kerajaan, itu satu pencapaian yg baik, x ada defisit kerajaan. Utk menggunakan wang yg di kumpul, harus ada dana yg cukup. Kena difikir jg cukai yg harus dibyr pd kerajaan persekutuan. Skrg dah nk bina projek rakyat, bagus lah...

Isu sampah. Exco harus kerja lebih ttg ini, terutama Exco yg bertanggungjwb dlm portfolio terbabit. Bkn semua atas MB...KPT jg harus bekerja keras ttg isu ini..

Kalau DSWA jd.MB, semuanya continuity shj. Apa idea baru? Yg hatus di tukat adalah Exco2 yg x buat kerja. Slps PRU, arah tumpu hanya kpd melaksanakan janji atU.manifesto kpd rakyat. Politik tolak tepi dl. Rakyat pun selesa...

Jgn jdi bodoh PKR, BN/UMNO tunggu.masa nak strike sj. Noh Omar sdg.bermimpi siang hari nk.jadi MB..

So,.let's move on...DSAi fokus kpd perjalanan hidup dia..

Jgn ganggu slgr plse...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.