Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

keputusan parti hanya pada 10 Ogos, kenyataan sekarang hanya nak bagi kepala pusing ?

Kita cakap bulan puasa ni kalo boleh kita cari sedikit dosa, ok gak, begitu ramai orang marah kat hadi, begitu ramai juga yang sokong dia, saya rasa kalo Anuar Ibrahim jumpa sultan minta kebenaran tukar Khalid ganti ngan Wan azizah kan elok ? Mungkin selesai masalah, soal PAS berpecah selepas 10 Ogos itu biaq pi laaaa, atau soal ada yang tidak bersetuju ngan  keputusan 10 Ogos nanti biaq pi la depa tubuh parti PAS BARU ! Atau PAS yang tak sesuai ngan keputusan 10 Ogos boleh keluar parti sertai mana parti dia orang mau

Kalo ada pulak pandangan daripada orang ramai yang sifatkan ADUN PAS yang 15 kerat tu macam anak ayam yang tahu hanya untuk makan maka biaq pi laaa ! dari jadi anak ayam lebih baik depa join UMNO hu hu hu, PADAN MUKA DEPA ! sedap gak  mulut cakap bulam posa nih hu hu hu. Lagi baik jika keputusan 10 Ogos depan ni PAS sokong Khalid Ibrahim ! Kita nak tengok siapa yang sokong  DAN siapa yang tidak, yang sokong kita terajang mereka atau yang tak sokong kita terajang mereka hu hu hu - Pak Karamu

 

Sunday, July 27, 2014


Kenyataan Haji Hadi itu bukan keputusan parti.

Tribulasi yang PAS terpaksa hadapi gara-gara mulut gatal

Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata sokongan Hadi untuk Khalid hanya pandangan "peribadi" dan menegaskan bahawa PAS hanya akan menyatakan kedudukan rasmi sama ada atau tidak ia bersetuju untuk menggantikan Khalid selepas pucuk pimpinan bertemu pada 10 Ogos.



 "Itu adalah pandangan peribadi beliau, kita akan bertemu pada 10 Ogos Pada 10 Ogos ia akan menjadi pendirian rasmi parti itu," portal berita dalam talian Antarapos memetik Mohamad sebagai berkata.



 Orang Nombor dua PAS itu berkata sebarang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat itu akan dihormati oleh semua ahli dalam parti.



 "Apa sahaja keputusan, kita akan patuhi," katanya di sini
 
Harap-harap akan ada lagi suara-suara pemimpin PAS lain yang lebih garang lagi mengenai isu ini sementara nak menuggu tarikh 10 Ogos tu!
 
Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar telah turut menyatakan bahawa Kenyataan Haji Hadi itu bukan keputusan parti
 
Sehingga kini nampaknya belum ada mana-mana pemimpin PAS lain yang berani membuka mulut walaupun dari Setiausahanya, Mustafa Ali.
 
Haji Hadi dibiarkan kesaorangan dalam kekalutan yang dia cipta sendiri. Apakah menantu 'D.A' kesayangannya itu sanggup membiarkan Pak Mentuanya lemas seorang diri? Esok lusa, kita tunggulah.
 
Selepas 10 Ogos nanti, kalau PAS Pusat ambil keputusan tidak akan menyokong pertukaran Khalid, maka ramai yang akan beranggapan bahawa itu adalah kerana gara-gara dipengaruhi oleh sikap gelojoh Haji Hadi.
Orang ramai tidak akan menghormati pendirian PAS itu kerana Haji Hadi sudah awal-awal menyuarakannya terlebih dahulu. 
Dan orangramai akan melihat 15 Adun PAS Selangor tu standard anak ayam yang hanya tahu mematuk-matuk untuk makan!
 
Perkara sebegini tidak akan berlaku kalau Haji Hadi tidak gatal mulut buat kenyataan yang kalut macam itu sebelum bermesyuarah dengan Jawatankuasa Pusat. Orang ramai pun tidak akan tahu sikapnya itu. 
Maka apa-apa keputusan yang bakal PAS ambil, orangramai akan menganggapnya itu adalah keputusan muafakat PAS melalui mesyuarat.
 
Takkanlah Haji Hadi tidak tahu PAS bukan milik dia seorang tetapi jemaah.Maka perlulah hormati pandangan jemaah!
 
Namun apa yang akan menjadi lebih dramatik  dan akan mempengaruhi dan mengubah landscape parti PAS itu sendiri ialah apabila mesyuarat itu mengambil keputusan menyokong pertukaran Khalid.
 
Menyokong pertukaran Khalid bermakna, majoriti  Jawatankuasa PAS tidak akur dengan kehendak peribadi Haji Hadi yang telah pun kita semua ketahui.Sudah tentu ini akan memalukannya dan takkanlah dia masih mahu terus duduk macam kayu di situ ...





KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat hari ini 23 Julai 2014 telah menerima (MENERIMA BUKAN BERERTI BERSETUJU TETAPI MENERIMA CADANGAN UNTUK DIBAWA BINCANG KE PARTI MASING-MASING) cadangan daripada KEADILAN untuk membuat pertukaran Menteri Besar di Selangor seterusnya mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Parti DAP dan PAS akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

DAP dan PAS secara dasarnya menghormati prinsip pencalonan jawatan Menteri Besar Selangor adalah daripada KEADILAN.

Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN
Mohamad Sabu
Timbalan Presiden PAS
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

1 orang berkata:

Anonymous said...

Wahai penyokong pakatan selangor jom ramai2 keluar parti sokong umno @ jgn sokong sape2. Bagi mandat kat diaorang ni pun x pandai nak urus. Nak memimpin negara konon. Hayyo seluar dlm berlubang2 ceramah berapi2.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.