Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, July 26, 2014


'Kami bertemu musuh lebih menggerunkan di medan perang' - Jurucakap tentera Israel


Kem pelarian pula sasaran Israel BH - 2014/07/25 - 07:42:13 AM
Pemandangan belakang sebuah masjid yang musnah akibat serangan Israel yang membunuh dua kanak-kanak, di utara Semenanjung Gaza. - Foto Reuters
Seorang lelaki mengucup dahi Mahmoud Habib, 27, antara yang terbunuh masuk hari ke-16 peperangan di Gaza. - Foto AP
Kereta kebal Israel meledak tembakan ke arah Semenanjung Gaza, semalam. - Foto AFP


Tentera Israel akui gerun kepada pejuang Hamas

Bandaraya Gaza: Hamas tetap dengan pendirian menuntut Israel dan Mesir menghentikan sekatan, pada ketika Amerika Syarikat sibuk mencari jalan agar keduanya bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata. 

Kereta kebal dan jet pejuang Israel masih tidak berhenti mengebom semenanjung Gaza. 

Polis dan pihak berkuasa kesihatan Gaza mengesahkan enam sekeluarga dan seorang bayi lelaki berusia 18 bulan terbunuh ketika serangan udara Israel di kem pelarian Jebaliya di waktu pagi, manakala 20 yang lain cedera. Pasukan penyelamat terpaksa menggali runtuhan bangunan untuk mencari mangsa tertimbus yang masih hidup. 

Sementara itu, pegawai kesihatan Gaza, Ashraf al-Kidra berkata, serangan udara di kawasan perumahan di bandar Abasan berdekatan bandar Khan Younis selatan Gaza membunuh lima sekeluarga.

Peperangan yang memasuki hari ke-16 itu telah meragut 736 rakyat Palestin yang kebanyakannya terdiri daripada orang awam. Manakala di pihak Israel telah meragut nyawa 32 tentera mereka. 

Semuanya berlaku selepas Israel melebarkan serangan udara dan daratnya. Dalam beberapa siri serangan itu, Israel mendakwa mereka berjaya memusnahkan tapak pelancaran roket dan rangkaian terowong bawah tanah yang canggih. Kejadian itu turut meragut nyawa dua orang awam Israel dan seorang pekerja Thailand.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak melakukan sebarang rujukan kepada usaha gencatan senjata malah menegaskan kesungguhan beliau untuk melemahkan ancaman serangan roket dan terowong. 

Setakat ini sebanyak 2,000 roket telah dilancarkan ke arah Israel sejak 8 Julai lalu. Tentera Israel pula mendakwa mereka berjaya menemui lebih daripada 30 terowong yang digunakan oleh Hamas untuk melancarkan serangan. 

Sementara itu tentera Israel mengakui pejuang Hamas sebagai musuh amat menggerunkan apabila pergerakan itu mencatat sejarah membunuh ramai askar rejim Zionis yang mengganas di Semenanjung Gaza dengan menggunakan terowong, periuk api, jerangkap samar dan penembak curi hasil latihan perang bandar selama bertahun-tahun dengan kepintaran taktikal baru.

Empat hari selepas Israel melancarkan serangan darat ke atas kubu kuat Hamas di Shejaia berikutan kempen ketenteraan udara intensif, tentera masih belum dapat menguasai kawasan itu sepenuhnya.

Menggunakan rangkaian terowong rahsia untuk menembak curi tentera musuh dan meletupkan kenderaan walaupun di dalam wilayah Israel, Hamas berjaya membunuh 32 tentera Israel, hampir tiga kali ganda berbanding pertempuran darat besar-besaran pada konflik 2008-2009.

“Briged al-Qassam terus memberikan kejutan berulang, dan setiap hari pejuang ini muncul dari kawasan tentera yang tidak dapat dilihat oleh Israel. Mereka berjuang, bersemuka dengan musuh bagi membalas dendam darah rakan yang ditumpahkan Israel setiap hari,” kata kumpulan itu minggu lalu.

Dalam kejadian paling buruk bagi Israel setakat ini, pada hari pertama pencerobohan untuk memusnahkan terowong Ahad lalu, Hamas berkata pejuangnya menyaksikan kereta perisai tentera Israel diumpan masuk ke dalam sarang jerangkap samar yang dibuat.

“Pejuang kami meletupkan periuk api dengan kekuatan yang memusnahkan kereta perisai itu. Mereka meluru ke kereta perisai itu, membuka pintu dan membunuh semua yang ada di dalam,” kata pergerakan itu.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner berkata: “Mereka (Hamas) menjalani latihan pesat, mempunyai bekalan, bermotivasi dan berdisiplin. Kami bertemu musuh lebih menggerunkan di medan perang. Kami tidak terkejut kerana tahu mereka bersedia untuk peperangan ini. Mereka bukan mengorek terowong sejak dua, tiga tahun lalu.” - AP / AFP

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.