Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HARAP SEGALA KECAMAN ITU ALLAH BERIKAN MEREKA PAHALA

 PAS DIKRITIK DENGAN BERBAGAI-BAGAI TUDUHAN ADALAH SESUAI DENGAN PERANGAI DASAR PARTI MEREKA, DI HARAP PAS DARI SEKARANG TIDAK TERIKUT DENGAN SIKAP MEREKA, KERANA DASAR PARTI PAS ADALAH BERCANGGAH DENGAN DASAR PARTI MEREKA, SEHINGGA SAMPAI TAHAP PAS TERPAKSA BERTINDAK SEBAGAI "TUHAN PENCARUT".

DI DALAM PERJUANGAN PAS YANG BERTERASKAN KEPADA PERLEMBAGAAN PARTINYA, PAS BERDOSA JIKA MELAKUKAN SEPERTI APA YANG MEREKA LAKUKAN, PADA MEREKA ADALAH DISEBALIKNYA, ITULAH SEBABNYA DASAR PERJUANGAN PAS SANGAT BERBEZA DENGAN DASAR MEREKA

SATU-SATUNYA DASAR PERJUANGAN PARTI SIASAH DI DALAM NEGARA INI ADALAH PARTI PAS, BERBEZA DENGAN PARTI-PARTI DI DALAM BN ATAU PARTI DI DALAM PR, SEBAB ITU AHLI PAS JANGAN  KECIWA. PANDANGAN PAS DALAM ISU SELANGOR SUDAH BETUL MENGIKUT HUKUM HAKAM  DI DALAM DASAR PARTI TERSEBUT

MENGIKUT RENTAK DAN PERANGAI ANGGOTA PARTI LAIN DI DALAM NEGARA INI SEPERTI YANG BERLAKU SEKARANG BERERTI PAS SUDAH TERKELUAR DARIPADA DASAR PERJUANGANNYA, SEBAB ITU PAS WAJIB BERSABAR SUPAYA MEREKA YANG MENCIPTA DOSA ITU PAHALANYA AKAN BERPINDAH KEPADA KITA. SELAMAT MENGUPAT, MEMAKI HAMUN, MENGHERDIK TERHADAP PEMIMPIN PAS - Pak Karamu

 

Tuesday, July 29, 2014

Isu MB Selangor: PAS jadi sasaran kecaman warga internet..



Berikutan keengganan pimpinan PAS menerima keputusan Pakatan Rakyat untuk menukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ramai rakyat Malaysia melepaskan kemarahan mereka terhadap parti Islam itu di Internet dan memintanya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Sebahagian pula mengkritik pakatan yang longgar itu atas “keserabutan” yang berlaku di Selangor, sambil berkata negeri terkaya di Malaysia itu berpotensi dirampas semula Barisan Nasional jika masalah dalam Pakatan tidak diselesaikan segera.

"Ini mungkin hikmahnya – membersihkan Pakatan daripada mereka yang mempunyai visi terlalu kecil yang tidak termasuk Putrajaya," kata seorang pengguna Internet, menggunakan nama @MengoYee di Twitter, merujuk kepada PAS.

@kcwai berkata: "Jadi, Hadi sanggup untuk hilang Selangor kepada BN dalam PRU14, walaupun ada seruan menukar Khalid sebagai MB, sama seperti PAS hilang Kedah?"

Beliau merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Khalid dan keengganannya menukar menteri besar itu.

"Sebaliknya, PAS perlu keluar (dari Pakatan). Dengan itu, pihak yang sederhana boleh terus memastikan Pakatan boleh berjaya. Cukup-cukuplah lawak geng pro-Umno," kata @kcwai lagi.

Pengguna Twitter @oonyeoh bersetuju, katanya: "Tak mengapa. Saya bersedia nak tengok PAS kembali ke zaman dulu sebagai sebuah parti pembangkang yang hanya boleh memenangi Kelantan."

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata sebelum ini keengganan PAS menghormati dan mematuhi pandangan yang disetujui ramai di dalam Pakatan boleh memecahkan gabungan itu.

Sementara itu, @lawofmalaysia memberi amaran: "kalau ini yang terjadi, PAS akan hilang sokongan semua bukan Melayu di Selangor!"

"Ini hanya akan membuatkan Pakatan kalah, bukan BN menanng," kata @SharaadKuttan.

Yang lain pula mengatakan sokongan kepada Pakatan akan jatuh berikutan perbezaan pendapat antara parti komponennya.

"Paras air di empangan-empangan di Selangor mungkin sama rendah dengan paras sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan. aku rasa la," kata @norman__g.

@askaychan menambah: "Permainan politik di Selangor berkaitan jawatan menteri besar, di tengah-tengah tragedi MH370, MH17 dan Gaza amat menjijikkan."

@ahmadridzalman juga berkata: "setuju 100%.. memang padan muka kalau hilang kuasa disebabkan isu ini."

Awal tahun ini, PKR mengambil Langkah Kajang untuk menukar Khalid dengan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menerima berbagai aduan tentang menteri besar yang sudah masuk penggal kedua perkhidmatannya tetapi didakwa mentadbir negeri sesuka hatinya tanpa berunding dengan partinya, PKR atau pimpinan Pakatan.

Dia juga dikritik dalam caranya menangani beberapa isu lain seperti catuan air, rampasan bible versi Melayu dan Iban oleh Jais dan Lebuhraya Kinrara Damansara.

Anwar sepatutnya bertanding dalam pilihanraya kecil Kajang tetapi rancangan itu tergendala selepas Mahkamah Rayuan mendapati dia bersalah dalam kes Sodomy II-nya melibatkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Isterinya, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertanding menggantikan Anwar, menang kerusi dewan undangan negeri itu dan dipersetujui PKR sebagai paling layak menduduki kerusi menteri besar Selangor.

Persetujuan juga dicapai dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada hari Rabu.

Bagaimanapun, Khalid bertegas dia tidak akan mengundur diri sehingga penggalnya tamat.

Sokongan Hadi kepada Khalid, diikuti kenyataan timbalan presiden Mohamad Sabu yang mengatakan Hadi hanya memberi pandangan peribadinya, mungkin memecah-belahkan parti itu.

Pemimpin berpengaruh PAS, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat juga memihak kepada Hadi yang menyatakan sokongannya kepada Khalid lapor The Malaysian Insider

5 orang berkata:

Anonymous said...

He..he..dakyah serabut
ribut ciptaan pkr. Jgn buat sesuatu tanpa ingat allah. Yg nak d tukar ganti tu mb, knpa pr nak d humban.

Anonymous said...

Ye...TAKTIK PALING TAK BERTANGGUNG JAWAB!

Anonymous said...

Buang ja keahlian MB dr pkr. Atau pilihanraya semula. Tapi sebenarnya dlm PKR ni byk serabut...keputusan pakatan pd anwar..bukan nak bincang dgn parti komponen dahulu.

bunbinban said...

Hek ele...dah tuduh, pastu mintak bukti buat cam lembu kenyang. X sama apenye kalau sama naik fitnah org lain. Perlembagaan PAS mmg terbaik tapi pimpinan dri atas sampai ke bawah...?. Sendiri mau ingat la. Ulamak akhir zaman. Di hulur jawatan, serban cuma jadi hiadan kepala...

Anonymous said...

kalo nak buat parit depan rumah bolehla mintak izin/undi manusia..nak usahakan perintah tuhan mana boleh letak perintah tuhan tu di bawah kehendak/undi manusia..kalo perintah makcik bedah sebelah rumah bolehla kita discus2kan/mintak izin dgn ahseng,gopal,abu dan raju dulu...ini perintah tuhan..tuhan suruh kita solat kita jangan tanya raju boleh atau tidak,kita jangan tanya penduduk kampung kita boleh ke tidak..bila nak solat fardhu waktu bekerja jgn mintak izin bos,sebab samada bos bagi atau tak solat fardhu tetap wajib,tapi bila kita mintak izin bos boleh atau tak untuk bersolat fardhu, saat itulah seorang penyamun yg faham akan hal ni pun xkan berani ambil risiko berbuat begitu walaupun dia penyamun..cukup la sekadar menghormatinya dgn bagitau "bos,saya nak pergi solat"..
sama la,tuhan suruh buat hudud apa pasal kena mintak izin/undi semua manusia dulu?x betol sistem ni 1 perangkap?sepatotnya cukuplah sekadar bagi tau "wahai pkr,wahai dap kami nak buat hudud"..cubalah kalo boleh..nescaya kita x mampu sebab kita telah letak agama tertakluk dibawah sistem yg PERLUKAN IZIN2 SELURUH MANUSIA...berlepas diri ialah 1 pilihan yg diberi oleh agama jika terpaksa adakan sesuatu yg lebih tggi dari tuhan...ingat,ini bukan perintah makcik bedah sebelah rumah..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.