Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LAAAA !!! RUPANYA TAK DE PERJANJIAN SIAPA MB SELANGOR !

 SEMUA AHLI PKR TAHU SELANGOR MESTI DIPERINTAH OLEH PKR, RUPANYA ILEK PERJANJIAN, TAK PE , ATAS DASAR JANGAN PECAH, AMBIK LAAAA JAWATAN TUH, TAK PE, DALAM MASA YANG SAMA JIKA ADA PERJANJIAN TOLONG UMUMKAN KALO TAK DE, JANGAN LA NAK MEMANDAI-MANDAI ! - Pak Karamu
PKR diminta perjelas mekanisme pelantikan jawatan MB, KM di negeri Pakatan - Penganalisis
pada 26-07-2014 05:07 Ditulis Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
SHAH ALAM: PKR perlu menjelaskan mekanisme pelantikan Menteri Besar atau Ketua Menteri secara lebih terperinci agar kedua-dua parti komponen di dalam Pakatan Rakyat itu boleh menerima sebarang keputusan bersabit isu menggantikan Menteri Besar Selangor.
 
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, PKR harus sedar Selangor bukan dipimpin secara tunggal oleh parti itu.
 
"Apa juga perjanjian itu, jika ada satu perjanjian bertulis (yang rasmi), itu lainlah. Tetapi jika tidak ada (perjanjian) termasuk persefahaman nak tukar MB...Mungkin persefahaman nak melantik MB ada, tetapi persefahaman nak ganti MB tidak ada.
 
"Mengikut undang-undang tubuh, MB mesti mendapat sokongan majoriti ahli Dewan. Soalnya apakah Khalid sudah tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan?
 
"Kemudian perkenan Tuanku. Yang tersuratnya begitulah jika mengikut undang-undang," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
PKR hari ini mendesak PAS menghormati mekanisme pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang disahkan oleh Pakatan Rakyat (PR).
 
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menggesa PAS untuk menerima keputusan parti itu mencalonkan Datuk Seri Dr Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
 
Kenyataan tersebut dibuat sehari selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongannya terhadap Khalid untuk kekal bagi jawatan nombor satu di negeri itu dengan alasan beliau bebas dari sebarang skandal dan rasuah.
 
Rabu lalu, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akur terhadap hak PKR menentukan calon menteri besar.
 
Mengulas hal yang sama, Mustafa berpendapat tidak ada salahnya lontaran Hadi terhadap Khalid yang melihat isu itu dari segi kesejahteraan dan keutuhan kerjasama ketiga-tiga parti tersebut di Selangor.
 
Dalam masa yang sama beliau tidak menolak kemungkinan Khalid akan menyertai PAS sekiranya merasakan dirinya bersih daripada segala dakwaan kepimpinan partinya sendiri.
 
"Jika PAS dan PKR masing-masing bertegas dengan pendirian, sudah pasti apabila PKR gagal mendapat penyelesaian bersama PAS, sudah pasti berlaku keretakan PR di Selangor. Berkemungkinan Khalid menyertai PAS.
 
"Tidak mustahil. Jika Khalid merasakan tidak bersalah, beliau ada maruah dan mengapa beliau mesti akur kepada perkara dimana pihak lain di dalam parti ada tujuan tertentu. Khalid juga kita kena ingat, beliau ada sokongan," katanya lanjut.
 
Saifuddin turut berkata mekanisme yang diguna pakai pada mesyuarat Pakatan yang lalu adalah sama yang digunakan dalam pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri pimpinan Pakatan di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sebelum ini.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Majlis pfftfesor negara ni puak penyokong tegar umno. Ni puak2 dajjal. Jgn jadi ejen dajjal.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.