Gencatan senjata 12 jam di Gaza
GAZA - PALESTIN. Satu gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam antara
Hamas dan Israel dilancarkan bermula jam 0500 GMT (1 tengah hari waktu
Malaysia).
Gencatan senjata ini digerakkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas dipersetujui kedua-dua pihak.
Namun, Setiausaha Amerika Syarikat John Kerry berkata, usaha gencatan senjata lebih lama masih menemui jalan buntu.
Susulan gencatan senjata 12 jam itu, penduduk Palestin membanjiri jalan raya dan ada juga yang memasuki kawasan yang selama ini dianggap berbahaya.
Sebelum gencatan senjata, jumlah penduduk Gaza terkorban mencecah 900 orang.
Sementara itu, di Baitulmaqdis, jurucakap tentera Israel berkata, pihaknya akan patuh dengan arahan tersebut.
"Tentera hanya akan bertindak balas jika diserang atau jika ada puak pejuang menembak roket ke Israel," katanya.
Selain itu, antara perjanjian gencatan senjata tersebut termasuklah tentera dibenarkan memusnahkan terowong pejuang Hamas atau ia berada di bawah kawalan mereka.
Pemerhati perang Gaza yang berpangkalan di Mesir berpendapat, Israel dilihat semakin lemah apabila melibatkan 'isu terowong' di dalam perjanjian itu.
"Israel amat takuti terowong-terowong binaan Hamas yang disifatkan sebagai pembunuh darat nombor satu. Kehadiran terowong rahsia ini adalah salah satu strategik perang yang selam ini telah membunuh puluhan askar Israel," katanya dipetik East Monitor/Al Arabiyah.

0 orang berkata:
Post a Comment