Aidilfitri berdarah di selatan Thailand
NARATHIWAT - THAILAND. Ketibaan 1 Syawal di selatan Thailand dicemari
beberapa insiden keganasan yang meragut sekurang-kurang enam nyawa
manakala lapan orang cedera.
Di Narathiwat, seorang anggota tentera dan tiga anggota puak pemisah maut dalam pertempuran.
Kejadian berlaku pada kira-kira 11 pagi tadi apabila puak pemisah menyerang seorang polis yang ketika itu dalam perjalanan pulang untuk berhari raya bersama keluarga di daerah Rusok, menurut Leftenan General Polis Suchat Tirasawat.
Anggota tentera yang tinggal berdekatan lokasi kejadian kemudian membantu anggota polis berkenaan, yang cedera ditembak, sehingga berlaku pertempuran sengit selama setengah jam, kata Suchat yang merupakan Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan.
Seorang anggota tentera yang parah dalam pertempuran itu meninggal dunia di Hospital Rusok manakala anggota polis yang cedera dihantar ke hospital sama sebelum dipindah ke Hospital Pusat Yala.
Sementara itu, tiga anggota puak pemisah dari kumpulan yang dikenali sebagai Runda Kumpulan Kecil (RKK) mati ditembak di tempat kejadian.
Mereka dikenali sebagai Adullah Yunuh, Saffuan Saleh dan Abdulrafa Salehru yang bergerak aktif di kawasan Rusok dan pihak berkuasa ada mengeluarkan waran tangkap ke atas mereka, kata Suchat.
Abdulrafa adalah menantu kepada Imam Yakpa, yang dikatakan mati didera oleh tentera pada 2006.
Sementara itu, di Takbai, seorang Penolong Ketua Kampong Mat-useng Haji Abubakar, 37, meninggal dunia di Hospital Takbai akibat kecederaan parah selepas di tembak di depan rumahnya.
Suchat berkata Mat-useng ditembak selepas selesai menunaikan solat sunat Aidilfitri oleh suspek yang menunggu di jalan berhadapan rumah mangsa.
Semalam, kira-kira sejam selepas umat Islam di Thailand diumum akan menyambut Aidilfitri hari ini, sebutir bom yang ditanam di tepi jalan diletupkan di Kampungg Kadunong dalam daerah Saiburi, Pattani.
Beliau berkata bom itu diaktifkan ketika anggota renjer melakukan rondaan dengan berjalan kaki.
Letupan bom itu menyebabkan seorang kanak-kanak berumur lima tahun maut dan dua anggota renjer serta lima orang awam termasuk dua kanak-kanak cedera. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment