Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 24 Julai 2014

Pemuda PAS S'gor pertahan Khalid kekal MB

Pemuda PAS Selangor mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar dengan mengingatkan sebarang usaha mengganti dan melantik menteri besar baru mesti mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ketua Pemudanya Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata Pakatan Rakyat tidak boleh sesekali menafikan kecemerlangan beliau mentadbir negeri itu hingga ke tahap lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada pilihan raya umum lalu.

“Tindakan menukar menteri besar juga perlu diperhalusi dengan cermat melalui persefahaman bersama Pakatan rakyat serta mengambil kira sentimen setiap pihak yang berkait dengan proses Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk pihak Istana.

“Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada Pakatan di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya,” katanya.

Tanpa menamakan individu yang dimaksudkan, Syarhan mengingatkan pihak yang bersungguh dalam "gerakan" menukar menteri besar supaya tidak gopoh kerana "ingin meraih untung secupak tetapi rugi segantang".

"Amanah yang terhampar untuk kita fokus dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat jangan dipersiakan, ayuh kita usahakan agar Pakatan Rakyat sentiasa terkehadapan dalam menunaikan tanggung jawab ini," katanya.

Sementara itu, Pemuda PAS Selangor juga menyokong kenyataan Pesuruhjayanya Iskandar Samad yang mahu Khalid kekal jawatannya.



Syarhan berkata ini kerana parti Islam itu lebih menitikberatkan kestabilan pentadbiran dan lebih fokus membela nasib rakyat.

Beliau menegaskan semua keputusan tersebut diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pemuda PAS negeri itu semalam.

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.