Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 3 Julai 2014

Pertiwi ketepi amaran Tengku Adnan, terus edar makanan percuma

ERTI sesuap nasi bagi seorang gelandangan yang mempunyai seribu satu cerita di sebalik 'pilihan' mereka untuk hidup melarat di ibu kota. Foto FAZRY ISMAIL/MALASIAGAZETTE
ERTI sesuap nasi bagi seorang gelandangan yang mempunyai seribu satu cerita di sebalik 'pilihan' mereka untuk hidup melarat di ibu kota. Foto FAZRY ISMAIL/MALASIAGAZETTE
Pertiwi Soup Kitchen (Pertiwi) akan meneruskan program pengagihan makanan percuma kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur seperti biasa di sebalik amaran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu mengenakan denda kepada penganjur-penganjur program sedemikian.
 
Pengasas Pertiwi, Munirah Abdul Hamid berkata, penggagihan makanan yang dilakukan sebanyak empat kali seminggu oleh organisasi itu adalah sejajar dengan ajaran Islam iaitu membantu orang susah dan tidak berkemampuan.
 
"Apa yang saya tahu, kami di Pertiwi tidak melakukan sebarang kesalahan (memberi makanan percuma kepada gelandangan) kerana sebagai orang Islam kita dianjurkan untuk membantu orang lain yang tidak berkemampuan.
 
"Saya memilih untuk membuat sesuatu yang betul mengikut ajaran Islam berbanding takut kepada amaran seorang menteri. 
 
"Tambahan pula, Pertiwi dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu biarpun bukan Tengku Adnan tetapi pastilah program ini bukan satu program yang salah atau melanggar peraturan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette sebagai reaksi kepada kenyataan Tengku Adnan hari ini.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.