Tak percaya suami terlibat militan
DAMANSARA - Isteri kepada Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, salah
seorang suspek dipercayai terlibat kegiatan militan terkejut apabila
mendapat tahu suaminya kini menjadi buruan polis.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Nur berkata, dia hanya mendapat tahu berita tersebut apabila media mendedahkan wajah suaminya melalui televisyen dan akhbar.
“Apa yang saya tahu, dia hanya pergi ke Filipina untuk melakukan akikah dan korban pada April lalu, tidak sampai ke tahap menjadi anggota militan. Lagipun tiada tanda-tanda dia terlibat dengan latihan ataupun mengerakkan pertubuhan militan.
“Saya tidak percaya suami saya anggota militan sebab dia seorang yang amat bertanggungjawab terhadap keluarga,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di rumahnya di Kota Damansara, di sini semalam.
Menurut wanita berusia dalam lingkungan 30an itu lagi, suaminya seorang yang warak dan tidak pernah berkasar terhadap anak-anak serta rapat dengan jiran dan rakan.
“Kehidupannya seperti orang biasa, keluar pagi dan pulang bekerja pada waktu petang setiap hari,” katanya yang mempunyai lima anak berusia dua hingga sebelas tahun.
Tambah Nur, keluarga mentuanya juga tidak mengetahui apa-apa tentang isu berkenaan dan turut terkejut dengan berita yang disiarkan.
Katanya lagi, sehingga kini dia langsung tidak mengetahui apa-apa perkembangan tentang suaminya kerana gagal dihubungi.
“Apa yang saya harap abah (suami) cepat pulang agar isu ini tidak diperbesarkan dan keadaan kembali terkawal.
Bila anak-anak tanya mana abah, saya hanya jawab abah pergi kerja dan nanti abah baliklah,” katanya dalam sebak.
Najib yang juga pemilik kedai fotostat dan alat tulis di Universiti Malaya (UM) dipercayai terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota militan dari Malaysia bagi menyertai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL).
“Sekarang saya hanya berserah, saya harapkan dia pulang. Saya hanya berserah pada Tuhan,” katanya.
Sementara itu, salah seorang jiran Najib ketika ditemui turut terkejut apabila mendapat khabar bahawa jirannya itu terlibat dalam kegiatan militan.
“Saya tidak percaya dia terlibat dalam kegiatan militan kerana sepanjang saya mengenalinya, dia sangat baik dan ramah dengan jiran-jiran yang lain. Dia juga seorang yang beragama dan selalu ke masjid untuk berjemaah,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment