Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA HIKMAH ISU NI, SEKURANG KURANGNYA TAHU CERITA ADA PENGKHIANAT DIDALAM PAS


Jumaat, 1 Ogos 2014

Pemuda PAS beri sokongan kepada Dr Zuhdi, desak tindakan disiplin kepada pengkhianat parti

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki terhadap isu paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK PAS Pusat mengenai isu di Selangor dan kemungkinan yang akan berlaku.
Naib Ketuanya, Hairil Nizam Khirudin berkata, tindakan disiplin harus dikenakan kepada pengkhianat selain melihat isu itu kian parah dan teralih arah.

"Pengkhianat yang mendedahkan rahsia parti tersenyum puas tatkala Dr Zuhdi pula menjadi mangsa yang di kambing hitamkan.

Kami mendesak Jawatankuasa Disiplin PAS menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas kepada pengkhianat ini. Kami juga berharap agar Majlis Syura Ulama agar dapat mengambil perhatian berkenaan gejala membocorkan rahsia yang membabitkan dalam kalangan AJK PAS Pusat," katanya dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI di sini.

Dalam pada itu kata Hairil, Pemuda PAS turut mendesak pimpinan Pakatan Rakyat (PR) berhenti memainkan provokasi yang menghentam PAS berhubung isu printscreen diskusi dalaman AJK PAS Pusat yang melibatkan pandangan analisis Dr. Zuhdi.

"Adalah menjadi kebiasaan mana-mana pimpinan dalam PR dan PAS memberikan pandangan peribadi secara bebas dalam mesyuarat atau perbincangan termasuklah memberikan pandangan bersifat andaian bagi mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.

"Dr. Zuhdi menjalankan tugas memberi dan menyampaikan pandangan dan andaian dari setiap sudut melalui dapatan kajiannya. Kemudian, ia terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan PAS untuk mengambil keputusan secara kolektif dan mengikut kehendak majoriti," ujarnya.

Tambahnya, PAS juga tidak pernah campur tangan dalam urusan mesyuarat PKR atau DAP.

"PAS ucap terima kasih kepada keprihatinan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung isu berkenaan.

"Adalah lebih bijak jika Rafizi dan pimpinan PKR yang lain menumpukan fokus mereka untuk menyelesaikan kemelut dalaman PKR seperti Mesyuarat Agung Pemilihan peringkat cabang-cabang dalam PKR yang masih belum selesai.

"PAS juga menyarankan agar Anthony dan Tony dalam DAP berkerjasama dengan Lim Guan Eng untuk selesaikan masalah yang wujud dalam DAP Sarawak yang baru-baru ini dengan jelas membuat resolusi mahu keluar dari Pakatan," jelasnya.

Ujar Hairil lagi, PAS sentiasa matang dan tenang dalam menghadapi krisis dalaman dan luaran tanpa menjejaskan kedudukan PAS dalam PR.

"PAS mempunyai struktur yang kuat dan cara tersendiri dalam menangani masalah perbezaan pendapat. Tindakan disiplin akan diambil jika ada pelanggaran disiplin parti yang jelas dilakukan termasuklah terhadap mereka-mereka yang khianat menyebarkan maklumat rahsia parti," katanya.

Hairil turut berharap, pimpinan semua parti dalam PR berfikir dan mengambil tindakan yang lebih matang sebelum mengeluarkan kenyataan menyelar dan menghentam mana-mana pihak.

Pada Isnin, tersebar paparan skrin mesej perbincangan kumpulan Whatapps AJK PAS Pusat mengenai isu di Selangor dan kemungkinan yang akan berlaku.

Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Zuhdi yang berpendapat PAS masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan UMNO.

Bagaimanapun, dalam kenyataan yang dibuat di laman Facebook. Dr Zuhdi menegaskan beliau tidak termasuk dalam senarai kumpulan yang menyokong usul keluar PR.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Bro, kurang faham la siapa dia pebgkhianat, yang bocor maklumat atau yg bincang maklumat dalam wassap tu..

Anonymous said...

Mungkin dr kalangan ajk parti. Wassapgroup mana boleh sampai ketangan org lain.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.