Jumaat, 29 Ogos 2014
Kenyataan "Stim Ketum" Khalid Samad
IPOH
– Kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad yang mencabar
anggota parti yang tidak setuju dengan PR keluar disifatkan sebagai
tidak relevan.
Pesuruhjaya
Pas Perak, Razman Zakaria berkata, kenyataan itu bukan keputusan parti
dan anggota parti di negeri itu tidak perlu terkesan dengan kenyataan
Khalid itu.
“Kedudukan
bersama PR diputuskan dalam muktamar, persidangan agung Majlis Tertinggi
dalam hierarki pembuat keputusan dalam Pas dan dipersetujui Majlis
Syura Ulama.
“Kita
bersama dalam PR atas konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik)
berteraskan kepada konsep bersetuju di atas perkara yang tidak
dipersetujui,” katanya, semalam.
Sementara
itu, di SHAH ALAM, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Arshad berkata,
kenyataan tidak munasabah kerana anggota parti yang menolak tahaluf
siyasi boleh mengusulkan cadangan penambahbaikan dalam muktamar parti.
“Selepas
mendapat keputusan dalam perbincangan di muktamar, Pas Pusat boleh saja
membatalkan tahaluf siyasi jika ia tidak relevan dan membebankan parti,”
katanya.
Bagaimanapun,
katanya, jika ada individu tidak bersetuju dengan tahaluf siyasi, ia
boleh saja dirujuk dalam muktamar Pas bagi dikaji semula.
“Kita ada banyak ruang bagi ahli dan pemimpin tertinggi Pas untuk berbincang, termasuk mengenai perihal hala tuju parti.
“Justeru,
tidak perlu tindakan drastik sehingga keluar parti atau meletakkan
jawatan jika tidak bersetuju dengan tahaluf siyasi,” katanya.
Dengan kenyataan Ustaz Mokhtar "Stim Ketum"mamat nii boleh clear...
2 orang berkata:
PAS lebih utama...PR no 2,. Perjuangan memartabatkan islam berada dlm PAS bukan PR.
Tau tak pe
Post a Comment