Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

akibat terlebih pandai

Friday, August 29, 2014


Istana Selangor tersinggung

Pihak Istana Selangor tersinggung dengan kenyataan anti-istana - sumber

K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Ogos 29, 2014 (Diterbitkan pada: Ogos 29, 2014 13:47 MYT)


Pihak Istana Selangor tersinggung dengan kenyataan anti-istana - sumber
Pihak Istana telah melabelkan kenyataan anti-istana yang dilemparkan sesetengah pihak ekoran krisis Menteri Besar Selangor sebagai menjejaskan dan menyakitkan hati. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Pihak Istana Selangor telah melabelkan kenyataan anti-istana yang dilemparkan sesetengah pihak ekoran krisis Menteri Besar Selangor sebagai 'menjejaskan' dan 'menyakitkan hati'.
 
Menurut laporan The Star, mengungkap kata-kata seorang sumber rapat kepada istana, pihak istana tersinggung dengan serangan berterusan oleh pihak tertentu.
 
"Istana telah berdiam tetapi orang ramai terus membuat kenyataan berbau anti-istana.
 
"Kenyataan seperti itu menyinggung perasaan. Orang-orang ini perlu membaca perlembagaan negeri dan memahami konvensyen istana, protokol dan tradisi sebelum membuat sebarang komen terhadap situasi yang berlaku.
 
"Peguam tertentu dari parti-parti politik pula diupah untuk mentafsir beberapa perkara menurut apa yang pelanggan mereka mahu," kata sumber tersebut kepada The Star.
 
Pada Selasa, Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah menangguhkan penerimaan peletakan jawatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan meminta setiap parti dalam Pakatan Rakyat mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar baru.


7 orang berkata:

Anonymous said...

Kita boleh faham kalau DAP atau bukan melayu menentang raja. Tapi sukar nak faham kalau melayu seperti aziz bari menentang. Kalau pun bodek anwar,jangan lah sampai hilang adap dan sopan melayu. Tak perlu over sangat. Lepas ni, UNISEL akan ujud fakulti undang undang untok prof.
Kalau riduan tee lebih melayu,drp.melayu, nampak gaya, melayu PkR lebih cina daripada cina.
Jangan nanti kubor kamu diludah anak cucu kami.

Anonymous said...

Biar kubor kena ludah tapi dalamnya Allah buka pintu syurga. Jangan diatasnya cantik tapi dalamnya Allah buka pintu neraka. Minta simpang......semua cerita raja ni bukan setaraf hadis nabi yg perlu kita ikut. Ayat quran pun umno tentang......tak dak pun rasa derhaka kat Allah.

Anonymous said...

Cerita apa ni...mcm mana allah nak buka pintu syurga dlm kubur....pkr & dap x sokong hukum allah nak dijalankan. Menentang hukum allah jd kafir..

Anonymous said...

Ni la satu2nya raja yg kita ada untuk mempertahankan islam dan melayu setakat kuasa yg ada.. Hormatilah raja.. Klau di thailand lagi beradab dgn raja.. Berilah kerja sama pada pemerintah malaysia yg menjaga rejmen tentera melayu.. Jgn satu hari kamu kehilangannya.. Kehilangan semua.. Ingat dan faham sedalamnya..amin. -Pemuda pas

Anonymous said...

Kembali pada allah dan rasul. Para sahabat nabi bila nak dilantik menjadi ketua semua menolak krn takut byk tanggungjwb nak dipikul. Kita pula gila kuasa, org x suka pun kita nak juga. Aku rasa 30 adun tu kena paksa suka ja..ikut hati depa pun menyampah...yg suka ajijah ni dlm 10 adun ja. X caya...tanya rafizi

Anonymous said...

pandai pun.menentang hukum Allah jd kafir.so lu fikir le sendiri sape yg tentang.dap x apa dh kafir.

Anonymous said...

Sesungguh di akhir zaman akan berlaku di mana imam tidak disukai makmum

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.