Anwar sanggah Najib, yakin kemampuan Wan Azizah teraju Selangor
(Oleh Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 27 OGOS: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin calon Menteri
Besar Selangor yang baharu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu memacu dan mentadbir Kerajaan Selangor dengan lebih baik.
Kata Ketua Umum KEADILAN itu, pencalonan Wan Azizah berlandaskan
kekuatan dan pengalaman beliau sebelum ini sebagai Ketua Pembangkang
Malaysia dan kini merupakan Presiden parti.
Anwar
malah menyangkal dakwaan Perdana Menteri bahawa pencalonan Wan Azizah
sebagai Menteri Besar Selangor kerana Wan Azizah adalah isterinya.
“Saya terkejut apabila Datuk Seri Najib heret soal isteri dalam polemik politik. Saya tak mahu terbawa-bawa dengan polemik itu.
“Memadai saya katakan bahawa Wan Azizah adalah Presiden parti, pernah menjadi Ketua Pembangkang Perlimen Malaysia.
“Saya juga tak bercadang nak bawa perbincangan ini kepada pengetahuan umum. “Pencalonan Wan Azizah ini adalah keputusan parti, bukan kerana dia adalah isteri Anwar,” kata Anwar ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Semalam, Datuk Seri Najib Razak dilapor berkata, ‘nepotisme terbuka’
kini sedang berlaku di Selangor di mana wakil rakyat yang sihat
disuruh meletak jawatan dan digantikan dengan isteri sendiri, kemudian satu pilihan raya kecil diadakan dan selepas itu isteri sendiri dicalonkan untuk menjadi Menteri Besar.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62735
2 orang berkata:
Perangai anwar ni mahu semua org mesti dgr cakap dia. Dia mesti jd ketua, dia merasai pakatan rakyat ni dia punya sorang. Dalam pkr boleh la dia kontrol..ini dlm pas pun dia nak kontrol juga. Sikap,cara pkr sebenarnya sudah membunuh hampir 80% kepercayaan penyokong pas dr seluruh negara. Dari tinjauan yg dibuat secara rambang hampir semua penyokong pas sudah menyampah dgn pkr...ini akan memberi kesan buruk pd pru 14 sekiranya pas masih dlm pakatan.
Asslkum Ds Anwar. Cubalah toleh ke belakang ketika anda dipecat sbg TPM dan tuduhan liwat', siapakah yg berdiri bersama mempertahankan anda.
Saya amat kesal dgn kemelot mengganti MB baru Selangor yg bermula dgn KajangMove dan kesombongan menamakan calon MB seolah2 tidak menghormati titah Sultan.
Jika terus berdegil, anda bakal menerima nasib spt kain buruk dan tiada lagi khalayak yg membela dan melindungi anda selepas ini
Post a Comment