Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAHAYANYA MATLAMAT DISEBALIK TABIR ....


JIKA PUJUK MEMUJUK UNTUK KEPENTINGAN PRIBADI DAN KRONI MUNGKIN  SUKAR UNTUK DI LAYAN, SEKALIPUN KAWAN AKRAB, TAPI JIKA UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT MUNGKIN PERTARUNGAN POLITIK TIDAK  BERLAKU, JADI DALAM ISU JAWATAN MB SELANGOR MUNGKIN ADA AGENDA DISEBALIK TABIR YANG DI MAKLUMI, SEHINGGAKAN TUAN GURU HADI CEPAT MEMBUAT KEPUTUSAN: "TIDAK SETUJUUUUU !

RAKYAT TIDAK TAHU PUTAR BELIT POLITIK, YANG ADA DIDALAM MINDA RAKYAT IALAH: MENYOKONG SESEORANG PEMIMPIN ITU ADALAH ATAS DASAR CENDERUNG KEPADA SESEORANG PEMIMPIN ATAU PARTI YANG MAHU MENUMBANGKAN BN YANG DIKATAKAN TELAH BANYAK MEMBUAT KEROSAKAN, RAKYAT TIDAK TAHU MUSLIHAT SEBENAR MENGAPA SESEORANG ITU PERLU DIPERTAHANKAN ATAU DI JATUHKAN

APABILA UST: HADI MEMBANTAH CADANGAN PKR DALAM MASALAH MENGGANTIKAN MB SELANGOR, MAKA SEPARUH NYAWA DIA DI BELASAH OLEH ORANG YANG TIDAK TAHU MUSLIHAT POLITIK, NAMUN APABILA SAMPAI DISEUATU MASA NANTI ISU ITU DIBONGKAR SECARA TERANG BARULAH RAKYAT YANG BUTA MUSLIHAT POLITIK MENJADI CERDIK SEDIKIT

SETIAP BERPOLITIK PASTI ADA MUSLIHATNYA, NAMUN MUSLIHAT ITU JANGAN SEKALI-KALI UNTUK MENGUNTUNGKAN PRIBADI DAN PARTI, APA YANG DIHARAPKAN, BIARLAH IA UNTUK RAKYAT. SECARA JUJUR DAN SEMUNGKIN BOLEH, BIARLAH SEGALA RANCANGAN, JANGAN ADA SIKAP SAMBIL MENYELAM MEMINUM AIR, KERANA KELAKUAN ITU AKAN MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI - Pak Karamu


 

Ahad, 3 Ogos 2014

Kalau Najib Boleh Jinakkan Ketua Pemberontak Ukraine, Malulah Anwar Tak Boleh Lembutkan Hati Hadi Awang....

Dalam perkembangan terbaru untuk memuaskan hati semua pihak berhubung kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor, PKR dikhabarkan sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Dr Wan Azizah Wan Azizah yang sebelumnya sudah diputuskan untuk mengambil alih tempat Khalid Ibrahim itu.
Menurut berita yang disiarkan dalam Malaysian Insider, seorang ADUN PKR telah dikenalpasti sebagai calon alternatif itu, namun ia hanya akan didedahkan setelah konsensus antara Pas, PKR dan DAP dicapai.

Sebagaimana yang didedahkan oleh salah seorang pemimpin tertinggi PKR, calon tersebut bukanlah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kerana Pas memang sudah menolak pencalonan beliau sebagai pengganti Khalid sejak awal lagi.

Dalam usaha menggantikan Khalid Ibrahim sebagai meneruskan Langkah Kajang dan memburu cita-cita menawan Putrajaya menjadi kenyataan, Anwar Ibrahim pada minggu lalu telah memutuskan bahawa PKR bersetuju mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.

Bagaimanapun, belum pun persetujuan dicapai antara Pas, PKR dan DAP berhubung pertukaran itu, Presiden Pas, Haji Hadi Awang membuat kenyataan mahu Khalid Ibrahim terus dikekalkan atas alasan tiada pengkhianatan kepada rakyat yang telah dilakukannya sepanjang enam tahun memimpin negeri Selangor.

Tindakan Haji Hadi mengeluarkan kenyataan berbentuk peribadi itu lantas mencetuskan polemik dan kekalutan, bukan saja dalam Pas tetapi juga dalam PR kerana Pas sepatutnya memutuskan sama ada bersetuju atau tidak dengan penggantian Khalid Ibrahim dalam mesyuaratnya pada 10 Ogos depan.

Walaupun PKR dan DAP konsisten bersetuju dengan pertukaran Khalid, Pas nampaknya berbelah-bagi mengenainya.


Perkhabaran mengenai calon alternatif ini dipercayai untuk memuaskan hati pihak tertentu dalam Pas yang tidak bersetuju dengan perlantikan Dr Wan Azizah atas alasan beliau seorang wanita dan isteri kepada Anwar Ibrahim, sedangkan PKR tetap mahukan menukar Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun, jika Anwar bersetuju dengan calon alternatif ini ia adalah sesuatu yang memalukan Anwar dan PKR sendiri. Memandangkan Anwar sudah membuat pengumuman bahawa Dr Wan Azizah adalah pengganti Khalid, hasrat itu seharusnya diteruskan tanpa tunduk kepada kehendak pihak lain.

Kiranya bukan Dr Wan Azizah yang akhirnya dipilih menggantikan Khalid, bukan saja saja Langkah Kajang sudah menjadi sumbang, malah lebih teruk lagi ialah ia menjejaskan wibawa Anwar selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PR serta bakal Perdana Menteri Malaysia.

Anwar akan dilihat tidak lagi berwibawa kerana terpaksa tunduk kepada kehendak serta kemahuan Pas sedangkan kerusi Menteri Besar Selangor sudah dipersetujui selepas pilihanraya lalu adalah menjadi milik PKR. Setiausaha Agung Pas, Mustaffa Ali sendiri memberi pengakuan bahawa parti itu tidak akan menuntut kerusi yang sudah dipersetujui menjadi milik PKR.

Dalam apa keadaan sekali pun, Anwar bukan saja perlu meyakinkan Pas dan Haji Hadi mengenai pertukaran Khalid, bahkan mesti juga meyakinkan bahawa penggantinya adalah Dr Wan Azizah. Jika calon selain daripada itu, ia adalah kegagalan Anwar.

Sudahlah Pas sebelum ini menolak Azmin Ali, kini ia menolak pula Dr Wan Azizah. Jika dua kali Anwar dan PKR tunduk kepada Pas, kepimpinannya sudah tidak bernilai lagi.

Jika beliau gagal meyakinkan Pas dan Haji Hadi, keyakinan rakyat terhadap kemampuannya sebagai bakal Perdana Menteri juga akan terhakis dengan sendirinya.

Tambahan pula, dalam tragedi MH17 yang baru saja berlaku, Perdana Menteri, Najib Razak telah menunjukkan kejayaan berunding dengan ketua pemberontak Ukraine, Aleksander Borodai mengenai penyerahan kotak hitam, penyerahan mayat kepada kerajaan Belanda untuk pengasingan dan forensik serta akses yang selamat bagi pasukan penyiasat ke tapak kejadian.

Kejayaan Najib berunding telah menaikkan namanya di mata dunia, sedangkan Aleksander adalah ketua pemberontak yang diketahui bersikap ganas dan jarang tunduk kepada kemahuan pihak lain.

Kiranya di ketika Najib berjaya menghasilkan kejayaan berunding dengan seorang ketua pemberontak yang diketahui ganas dan keras tetapi Anwar pula masih terkial-kial untuk melembutkan hati Haji Hadi yang merupakan rakan gabungannya sendiri dalam PR, ia adalah kegagalan paling nyata sekali dari segi kepimpinannya.

Untuk meyakinkan rakyat terhadap kemampuannya sebagai bakal Perdana Menteri dan pembawa agenda perubahan untuk negara, Anwar mesti melembutkan hati Pas dan Haji Hadi serta akhirnya dapat menerima sebulat suara pencalonan Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Bertolak ansur bukan lagi pilihan. Jika tidak, lupakanlah Putrajaya.

2 orang berkata:

Anonymous said...

berani bet 100 juta jadi buat untuk turun, hakk tui

Anonymous said...

Kita nak cari yang lebih baik untuk rakyat.. Tgk sekarang la harga barang2 tinggi,contoh cuba pi kedai makan order tengok? Xda rm10 jangan mimpi nak makan. Minyak petrol isi tengok RM10 nak boleh p mana sangat.. Itu lah sebahagian dari bala Allah swt untuk hambanya yang pilih jalan ini..semua kena,kalau umno/bn kena sorang xpa la,tapi kalau bgi pilihan xmau pula..CERDIK TAPI BODOH SAMPAI MATI..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.