Ini pandangan teman le, maka yang dikatakan pemimpin itu adalah memimpin dalam semua perkara secara mutlak, sama ada di sebuah negeri atau negara. Mana-mana negeri dan negara mesti ada seorang pemimpin secara mutlak, tugasnya membuat keputusan boleh atau tidak boleh sesuatu keputusan, Adapun pemimpin yang tidak mutlak, maka dia tidak mempunyai kuasa yang mutlak pula, ini bererti dia bukan seorang pemimpin yang ditetapkan jantinanya, sesungguhnya istilah pemimpin itu membawa kepada maksud yang sangat luas kecuali didalam rumah tangga, imam-imam masjid, qadhi, mufti, negeri,negara dan sebagainya yang berkait dengan tugas yang mutlak. Adapun pemimpin yang berkait dengan kehidupan sosial yang lainnya maka tidak perlulah ditentukan jantinanya, namun yang terbaik ialah aeorang lelaki kerana Allah tetapkan demikian An-Nisa 34
Para ulama berbeza pandangan tentang hala tuju maksud ayat al quran itu kerana istilah pemimpin itu mengandungi berbagai-bagai lapisan dan taraf serta tanggungjawabnya, sesungguhnya istilah pemimpin ini tersangat luas maksudnya, kerana itu pada pandangan Pak Karamu tentang tugas pemimpin ini wanita juga boleh menjadi pemimpin, cuma hendaklah tentukan mutlak atau tidaknya, sebagai contoh pas juga membolehlah wanita sebagai wakil rakyat, jika kita boleh katakan wakil rakyat itu sebagai seorang pemimpin, jadi Wan Azizah juga boleh jadi pemimpin (jadi MB Selangor) kerana jawatan MB bukan sebagai pemimpin yang mutlak kerana ada sultan yang membuat keputusan boleh atau tidaknya dia memegang jawatan tersebut, sebab itulah jawatan tersebut mesti perkenan Sultan, demikian pandangan cetek teman - Pak Karamu

DAP sokong penuh Wan Azizah jadi MB Selangor
GEORGETOWN - Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng menyuarakan sokongan
penuh parti itu terhadap cadangan meletakkan presiden PKR, Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor akan datang.
Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata parti yang menganggotai Pakatan Rakyat akan bermesyuarat pada 10 Ogos dan antara agenda utamanya ialah membincangkan sama ada wanita boleh menjadi Menteri Besar.
Katanya, menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, cadangan PKR itu ditolak pihak tertentu dengan alasan Dr Wan Azizah adalah wanita.
"Dalam mesyuarat Pakatan itu nanti, kami perlu atasi halangan pertama dengan meminta semua pemimpin daripada PKR, DAP dan Pas menyatakan bahawa mereka tidak membantah wanita menyandang jawatan Menteri Besar.
"Kami perlu buat pendirian itu untuk membuktikan kami bersifat inklusif dan menyokong kepelbagaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Lim mempersoalkan sama ada terdapat peruntukan dalam Perlembagaan bahawa wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar.
Laporan sebelum ini menyebut pemimpin PKR, Pas dan DAP - parti yang menganggotai Pakatan Rakyat - menyuarakan pelbagai pendapat tentang cadangan PKR menggantikan Menteri Besar Selangor sekarang (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dengan Dr Wan Azizah.
Sambil menafikan Pas sedang dalam proses untuk meninggalkan Pakatan Rakyat akibat perbalahan berkaitan jawatan itu, Lim menggesa semua pemimpin pakatan itu supaya tidak kehilangan arah berikutan cadangan PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor.
Bulan lepas, presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengisytiharkan secara terbuka beliau menyokong Abdul Khalid kekal sebagai Menteri Besar Selangor, walaupun Anwar mengumumkan bahawa Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat bersetuju dengan cadangan PKR untuk menggantikan Abdul Khalid dengan Dr Wan Azizah. - Bernama
1 orang berkata:
Mula2 anwar target nak jadi mb, maka ia dicantas dgn isu liwat. Maka bermulalah porak peranda krn kajang move tidak tercapai. Slangor duit byk mb khalid kontrol, maka agak pyh nak masyukkk. Kalau.pas.gila kuasa pas boleh jd mb
Tapi pas hormati pkr.
Rupanya2 pkr lg gila kuasa.
Post a Comment